CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 301|Reply: 0

[Sabah] IPK Sabah ambil serius tahap keberhutangan warga PDRM

[Copy link]
Post time 9-3-2022 12:55 PM | Show all posts |Read mode


SERAH: Jauteh (tengah) menyaksikan majlis serah terima tugas antara Peter (kiri) dan Jasmin (kanan).

TAWAU: Pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) di negeri ini yang mempunyai tahap keberhutangan melebihi 60 peratus daripada gaji mereka akan diberikan kaunseling serta merta.

Tindakan itu adalah inisiatif Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah bagi memastikan semua pegawai dan anggota PDRM dapat merancang ekonomi keluarga mereka dengan baik.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata pihaknya akan memberikan nasihat terhadap mana-mana pegawai dan anggota yang mempunyai hutang melebih paras 60 peratus.

Katanya, IPK Sabah mengambil berat soal perancangan ekonomi setiap pegawai dan anggota PDRM di sini supaya mereka tidak terbeban dan menanggung pelbagai hutang.

“Bagaimanapun, bagi mereka yang berhutang disebabkan pembelian aset seperti rumah, Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) ataupun potongan Tabung Haji tidak terlibat dalam kes ini.

“Berdasarkan laporan yang diterima, kes tersebut tidaklah terlalu membimbangkan kerana hanya tiga peratus sahaja yang dikesan dan sudah dipanggil setakat ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam majlis serah tugas Ketua Polis Daerah Tawau dan Pengerusi PERKEP IPD Tawau, di sini kelmarin.

Beliau berkata, sekiranya kes ini tidak dibendung dari awal, sudah pasti ia akan mempengaruhi prestasi kerja mereka.

“Justeru, IPK Sabah akan meneliti tahap keberhutangan pegawai dan anggota terlebih dahulu sebelum meluluskan permohoan pinjaman mereka.

“Saya berharap semua warga PDRM Sabah bijak mengurus kewangan mereka supaya dapat menjalani kehidupan yang lebih tenang,” katanya.

Terdahulu, Asisten Komisioner Jasmin Hussin dilantik Ketua Polis Daerah Tawau mengantikan Asisten Komisioner Peter Umbuas yang bertukar ke IPK Sabah.


utusanborneo.com.my/2022/03/08

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:15 AM GMT+8 , Processed in 0.050254 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list