CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 243|Reply: 0

[Sabah] Rumah, kereta musnah terbakar

[Copy link]
Post time 9-3-2022 12:53 PM | Show all posts |Read mode


MUSNAH: Sebuah kenderaan jenis sedan turut musnah dalam kejadian ini.

KUDAT: Sebuah keluarga bukan hanya kehilangan tempat tinggal malah sebuah kenderaan turut terbakar dalam kejadian di Lorong Pomotodon Kampung Minyak di sini kelmarin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kudat Ishak Jabas berkata kejadian berlaku jam 12.44 tengah hari dan 13 pegawai serta anggota digerakkan ke lokasi bagi menjalankan operasi penyelamatan.

“Pasukan bomba menjalankan operasi memadam kebakaran menggunakan dua aliran salur bantu mula iaitu sumber air dari jentera.

“Kebakaran dapat dikawal jam 1.25 petang dan sebuah rumah jenis tidak kekal seluas 20X30 kaki persegi serta kenderaan jenis sedan musnah dalam kejadian ini,” katanya.

Tambahnya tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dalam kes ini dan operasi keseluruhan ditamatkan jam 1.49 petang.

Beliau berkata punca kejdian masih dalam siasatan.


utusanborneo.com.my/2022/03/09

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:32 PM GMT+8 , Processed in 0.053314 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list