CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 291|Reply: 0

[Sabah] Pembukaan semula sempadan negara, manfaat besar buat Sabah

[Copy link]
Post time 9-3-2022 12:51 PM | Show all posts |Read mode


KUALA LUMPUR: Pembukaan semula sempadan negara bermula 1 April ini akan memberi manfaat besar kepada Sabah.

Kerajaan negeri mengalu-alukan pengumuman mengenai pembukaan semula sempadan negara oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di sini semalam.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor (gambar) berkata, sejak penutupan sempadan antarabangsa kira-kira dua tahun lalu, ekonomi Sabah terjejas teruk  kerana pelancongan adalah antara sumber pendapatan utama negeri.

Katanya, Sabah bersiap sedia untuk mengalu-alukan kedatangan pelawat dan memastikan langkah itu akan membantu ekonomi negeri ini.

Bagaimanapun jelasnya, Sabah akan menunggu pengumuman terperinci supaya ia dapat diselaraskan dengan prosedur operasi standard (SOP) yang menepati keadaan dan keperluan negeri.

"Menerusi penglibatan saya dengan beberapa pemain industri pelancongan, isu berkait dengan pembukaan semula sempadan sentiasa menjadi desakan pihak berkenaan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Baru-baru ini, Hajiji mengadakan perbincangan secara menyeluruh dengan Presiden Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Datuk K L Tan yang merayu untuk pembukaan semula sempadan antarabangsa.

Dalam pada itu, Perdana Menteri dalam satu pengumuman khas semalam berkata, rakyat Malaysia yang mempunyai dokumen perjalanan yang sah boleh masuk dan keluar negara seperti sebelum pandemik.

Katanya, pengembara yang mendapat vaksin lengkap tidak perlu menjalani kuarantin apabila pulang ke Malaysia sebaliknya, mereka hanya perlu menjalani ujian COVID-19 sebelum berlepas dan ketika ketibaan.

Ismail berkata, keputusan untuk membuka semula sempadan negara dibuat berdasarkan sains dan fakta terkini mengenai COVID-19, dengan menyatakan negara lain juga mula membuka sempadan negara mereka.

Sempadan negara ditutup sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama pada Mac 2020.


utusanborneo.com.my/2022/03/09

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 07:59 AM GMT+8 , Processed in 0.082633 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list