CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 261|Reply: 0

[Sabah] Rokok seludup bernilai lebih RM48,000 dirampas

[Copy link]
Post time 9-3-2022 12:50 PM | Show all posts |Read mode


RAMPAS: Semua rokok yang dirampas dibawa ke Markas Operasi PPM Semporna untuk tindakan lanjut.

SEMPORNA: Sebanyak 360 karton rokok dipercayai diseludup masuk dari negara jiran berjaya dirampas dalam satu serbuan di sebuah rumah di kampung Tanjung Kapor, di sini semalam.

Pasukan Polis Marin (PPM) yang menerima maklumat risikan berkenaan aktiviti itu bertindak melakukan serbuan terhadap sebuah rumah tidak bernombor di kawasan pinggir pantai.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Semporna, Deputi Superintendan Mohamad Ismail berkata hasil pemeriksaan berjaya menemukan sebanyak 360 karton rokok di dalam rumah tersebut.

“Bagaimanapun, rumah tersebut tidak berpenghuni dan dipercayai ia digunakan sebagai tempat penyimpanan sebelum rokok berkenaan dijual di sekitar daerah ini.

“Semua rokok seludup tersebut dirampas dan dibawa ke Markas Operasi PPM Semporna untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Menurutnya, nilai rampasan rokok tersebut dianggarkan berjumlah RM48,960 berdasarkan harga pasaran dan kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967.

Katanya, operasi pemantauan aktiviti penyeludupan sentiasa dilakukan dari semasa ke semasa bagi memastikan perairan daerah ini terjaga.

“Komuniti maritim diminta untuk memberikan maklumat sekiranya terdapat aktiviti yang menyalahi undang-undang di kawasan mereka.

“Maklumat boleh disalurkan menggunakan aplikasi Whatsapp ke Pusat Komunikasi PPM Sabah di talian 0139391197,” katanya.


utusanborneo.com.my/2022/03/09

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:00 PM GMT+8 , Processed in 0.530187 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list