CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 264|Reply: 0

[Sabah] Covid-19 08/03/2022

[Copy link]
Post time 9-3-2022 12:44 PM | Show all posts |Read mode


Jawatankuasa Pengurusan Bencana Covid-19 Negeri Sabah

Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 1,216 kes, menjadikan jumlah kumulatif
sebanyak 354,540 kes. Sebanyak lima (5) kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu dua (2) kes di Kota Kinabalu dan masing-masing satu (1) di Keningau, Tuaran dan
Tawau. Bilangan kematian ini tidak semestinya berlaku dalam tempoh 24 jam ini. Ada
kes kematian yang mengambil masa untuk verifikasi dan dilaporkan kemudian daripada
tarikh sebenar. Takziah diucapkan kepada keluarga yang terlibat.

Bilangan pesakit COVID-19 sembuh ialah 3,060 (termasuk yang discaj dari hospital/PKRC) menjadikan jumlah kumulatif 319,582 orang. Manakala 1,292 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 843 orang di hospital, 431 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam, 17 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / penjara dan satu (1) orang di fasiliti swasta. Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 57 orang merangkumi 48 di ICU/repurposed kritikal care serta sembilan (9) di open ward (HDW/kubikel akut) dan 26 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Kedudukan Kes Positif COVID-19

a. Jumlah kes baharu di Sabah hari ini tidak banyak berubah daripada kedudukan semalam. Terdapat penurunan marginal 19 kes menjadikan jumlah kes baharu 1,216 kes hari ini.

b. Kedudukan ini tidak semestinya mencerminkan Sabah berada dalam fasa penstabilan. Malah cuma 12 daerah daripada 27 daerah di negeri ini mencatatkan penurunan kes-kes baharu sedangkan 15 daerah lain merekodkan pertambahan. Peratusan jumlah kes simptomatik yang berpunca daripada
jangkitan sporadik juga kekal tinggi pada 64.06% daripada jumlah keseluruhan. Jumlah ini hampir dua-pertiga daripada jumlah kes-kes baharu di Sabah.

c. Tujuh (7) kluster diisytiharkan tamat hari ini di mana enam (6) daripadanya adalah kluster institusi pendidikan. Kluster-kluster tersebut ialah Kluster Jalan Pertukangan (Sandakan), Kluster Teritipan (Kota Marudu), Kluster Lorong Api-Api (Kota Kinabalu), Kluster Jalan Sri Balung (Tawau), Kluster Jalan Pendidikan Ranau (Ranau) dan Kluster Sungai Batang Batu 10 (Sandakan). Satu (1) lagi
kluster yang ditamatkan ialah kluster berisiko tinggi iaitu Kluster Montenior (Beaufort). Baki jumlah kluster yang masih aktif di seluruh negeri Sabah ialah 31 kluster.

d. Tiga (3) daerah mencatatkan kes tiga (3) angka iaitu Kota Kinabalu 284 kes, Penampang 137 kes dan Papar 110 kes. 19 daerah lain mencatatkan kes dua (2)
angka dan tiga (3) daerah mencatatkan kes baharu satu (1) angka. Daerah Kunak dan Tongod tidak merekodkan sebarang kes baharu.

e. Adalah diperhatikan terdapat pertambahan kes-kes baharu yang agak banyak di beberapa daerah yang mencatatkan kes baharu dua (2) angka. Antaranya ialah Keningau 75 kes (+31), Sandakan 49 kes (+24), Kota Belud 47 kes (+20) dan Putatan 39 kes (+25).

f. Sebanyak 1,199 atau 98.60% daripada 1,216 kes-kes baharu hari ini adalah dalam Kategori 1 dan 2, tiga (3) kes dalam Kategori 3, 11 kes dalam Kategori 4 dan tiga (3) kes dalam Kategori 5.

Tiada kluster baharu direkodkan hari ini.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 12:13 AM GMT+8 , Processed in 0.058701 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list