CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 650|Reply: 6

Peniaga Mengeluh, Untung Jual Minyak Masak Paket 5 Sen Je

[Copy link]
Post time 9-3-2022 10:44 AM | Show all posts |Read mode
Alor Setar – Peniaga-peniaga runcit di Pasar Besar Alor Setar di sini, mengeluh kerana keuntungan yang diperoleh daripada menjual minyak masak peket sekilogram (kg) hanya lima sen bagi setiap pek ekoran kenaikan harga daripada pemborong.


Peniaga, Siti Aishah Che Murad, 44, memberitahu, menjual minyak peket itu tidak pernah menguntungkan sejak kebelakangan ini, namun dia terpaksa mendapatkan daripada pemborong kerana permintaan pelanggan.




Foto: Kosmo




“Dahulu pun untung cuma 10 sen tetapi sejak kebelakangan ini jatuh lima sen sahaja sebab pemborong tolak kepada kami RM2.45 setiap pek, manakala harga kawalan kerajaan tetapkan RM2.50, jadi tidak boleh nak jual lebih.


“Memang untung tidak ba­nyak, tambahan lagi kos beg plastik. Kalau ikut memang tidak untung pun tetapi terpaksa jual juga sebab pelanggan mahu beli,” katanya ketika ditemui di premis niaga di pasar berkenaan di sini semalam.


Kerajaan menetapkan harga maksimum minyak masak peket RM2.50 sepeket sehingga Jun ini.


Seorang lagi peniaga, Aman Shah Hashim, 61, berkata, selain kenaikan harga daripada pemborong, bekalan minyak masak peket juga sukar diperoleh ketika ini.


“Dahulu seminggu dua kali tetapi sekarang dua minggu sekali baru sampai stok. Pelanggan datang nak beli tetapi tidak ada, memang susah lah.


“Untung memang lima sen sahaja sebab pemborong tolak kami RM2.45. Sebagai peniaga kecil ini kami boleh ambil 10 hingga 20 peket sahaja, berapa lah untungnya kan?” katanya.


Dalam pada itu, Pengerusi Pasar Besar Alor Setar, Mohd. Fauzi Sharip yang mewakili 15 peniaga minyak berlesen di situ berharap masalah kekurangan bekalan dan kenaikan harga bahan itu segera diatasi oleh pihak terlibat.


“Memang dahulu seminggu dua kali peniaga dapat bekalan tetapi sekarang dua minggu sekali dan permintaan akan terus ­meningkat menjelang Ramadan ini.


“Selain itu kita harap kementerian berbuat sesuatu tentang harga kawalan dan kenaikan harga di pihak pemborong,” jelasnya. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2022 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau naik jadi 2.70 aku beli je lagi..jgn la main sorok2 .....
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2022 11:48 AM | Show all posts
minyak skrg seribu lebih satu tan kan skrg
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2022 12:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Akak paling menyampah dengan duit 5 sen banyak-banyak, tak tahu nak gunakan untuk apa
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2022 12:09 PM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 9-3-2022 12:04 PM
Akak paling menyampah dengan duit 5 sen banyak-banyak, tak tahu nak gunakan untuk apa

derma la kat ank rohingya....blh la dpa beli mkn..drp korek tong sampah....
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2022 12:26 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-3-2022 02:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Pikir +ve sudah la....pelanggan dtg cari minyak paket sbb ko je yg jual, alang2 beli dia beli brg2 lain dpt jg untung....asyik nk komplen jer
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 04:36 AM GMT+8 , Processed in 0.062913 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list