CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 347|Reply: 0

[Pulau Pinang] NGO serah memorandum gesa tambah baik sistem perundangan syariah

[Copy link]
Post time 8-3-2022 10:17 PM | Show all posts |Read mode
NGO serah memorandum gesa tambah baik sistem perundangan syariah
| | 08 Mac 2022


Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang


GEORGE TOWN - Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Islam Pulau Pinang menyerahkan satu memorandum berkaitan usaha menambah baik sistem perundangan syariah di negara ini kepada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), di sini, pada Selasa.


Pengerusi Pertubuhan Pembela Islam (Pembela) Pulau Pinang Azmi Jaafar berkata, sebagai pihak berkuasa utama agama Islam negeri, MAINPP digesa agar memastikan jawatankuasa teknikal sedia ada mengkaji semua undang-undang termasuk Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang syariah negeri agar dapat ditambah baik.


"Kami berharap MAINPP dapat memainkan peranan proaktif dalam cabaran-cabaran perundangan syariah pada masa kini kerana sekiranya tiada tindakan yang tuntas dibuat sekarang, berkemungkinan padah yang lebih besar akan menimpa umat Islam,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum itu kepada Setiausaha MAINPP, Datuk Samsudin Bakar di pejabat agensi itu.


Selain itu, Azmi berkata pihaknya juga menyeru agar MAINPP menaik taraf jawatankuasa teknikal sebagai sebuah suruhanjaya sepenuh masa yang bebas, selain memastikan Jawatankuasa Pelantikan Hakim melantik hakim yang memahami falsafah undang-undang watan dan perundangan syariah.


Beliau berkata, pihaknya juga berpendapat MAINPP perlu berusaha untuk mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong bagi menetapkan Perlembagaan Persekutuan versi Bahasa Melayu sebagai rujukan utama dalam proses kehakiman dan perundangan bagi menggantikan versi Bahasa Inggeris yang ada.- Bernama




Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... perundangan-syariah
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 11:54 AM GMT+8 , Processed in 0.054962 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list