CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 341|Reply: 0

[Kedah] Wujudkan peraturan lesen tanam ketum

[Copy link]
Post time 8-3-2022 04:23 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan

ALOR SETAR: Kerajaan Kedah disaran memperkenalkan lesen khas kepada pengusaha ladang ketum yang dilihat mampu mengawal kegiatan penanaman tanaman itu yang didapati semakin berleluasa di negeri ini.

Setiausaha Persatuan Pengguna Kedah (CAKE), Mohd Yusrizal Yusoff, berkata lesen itu mungkin hanya boleh dikeluarkan pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) atau Kementerian Kesihatan (KKM) sekali gus kawalan ketat ke atas aktiviti itu dapat dibuat.

"Apa yang kita lihat sekarang, ketum digunakan untuk tujuan mengkhayalkan apabila dicampur ubat batuk, ubat nyamuk dan sebagainya sehingga kanak-kanak berusia 12 tahun pun sudah ada yang ketagih minum rebusan campuran daun ketum.

"Sebab itu kita saran kerajaan negeri buat undang-undang supaya pemilik tanah perlu ada lesen terlebih dahulu untuk tanam ketum, kerajaan negeri perlu mengenal pasti pengusaha ketum agar bilangan mereka tidak tumbuh seperti cendawan," katanya.


Mengulas lanjut, Mohd Yusrizal berkata, pihak berkuasa juga perlu memainkan peranan agar penyalahgunaan daun ketum dapat dibendung.

Katanya, pihak berkuasa seperti polis dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) tidak perlu menunggu laporan dilakukan orang awam, sebaliknya ia perlu dibanteras di lokasi yang di kenal pasti.

"Ketagihan ketum tidak boleh dianggap mudah kerana ia juga boleh mengubah sikap dan fizikal individu yang minum ketum itu sendiri.

"Ia menjadi antara satu gejala sosial dalam masyarakat kerana undang-undang mengenainya tidak selari, hanya menjadi kesalahan di bawah Akta Racun. Manakala tanam tidak salah pula, kerajaan perlu kaji dan semak semula mengenai perkara ini," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 01:51 AM GMT+8 , Processed in 0.050278 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list