CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 377|Reply: 0

[Kedah] Halusinasi, katanya...

[Copy link]
Post time 8-3-2022 10:43 AM | Show all posts |Read mode

LASTIK dan batu yang dirampas daripada suspek. FOTO Ihsan PDRMNSTP

Sungai Petani: Halusinasi menjadi alasan buat seorang lelaki yang ditahan polis selepas dia dirakam melastik ke arah sebuah lori di lampu isyarat Amanjaya arah Sungai Lalang, di sini, semalam.

Pada kejadian 6.20 petang, suspek berusia 46 tahun itu pada mulanya dilihat menunggang motosikal sambil memegang lastik di tangan kirinya, oleh seorang lelaki berusia 30 tahun.

Suspek yang juga seorang penganggur kemudian memberhentikan motosikalnya di hadapan kereta lelaki terbabit sebelum dia secara tiba-tiba melastik ke arah lori yang datang dari arah bertentangan.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, pemandu kereta terbabit sempat merakam perbuatan suspek sebelum dia berkongsi dan memuat naik video kejadian itu di Facebook (FB) supaya orang ramai berwaspada.

Menurutnya, bimbang kemungkinan berlaku perkara lebih buruk, pemandu kereta berkenaan kemudian membuat satu laporan polis berhubung kejadian itu.

"Susulan daripada laporan itu, sepasukan polis berjaya mengesan dan menahan suspek di sebuah rumah di Sungai Lalang, Bedong, 11 malam tadi.

"Hasil siasatan awal, suspek mengaku terbabit dalam kejadian sebelum itu dan polis turut merampas lastik serta batu yang ditemui dalam raga motosikalnya," katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah, malah dia turut mempunyai dua rekod lampau bersabit kesalahan dadah.

"Ketika disiasat, suspek mendakwa yang dia mengalami halusinasi sehingga mendorongnya melakukan perbuatan terbabit (melastik) ketika kejadian.

"Bagaimanapun suspek kini ditahan dan kita akan memohon reman terhadapnya bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, " katanya.

Terdahulu, rakaman video seorang lelaki berdurasi 29 saat tular di media sosial selepas dia dilihat melastik ke arah lori yang datang dari laluan bertentangan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:33 AM GMT+8 , Processed in 0.765540 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list