CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1299|Reply: 25

[Tempatan] Edisi Lobai Buat Kerja: Hujan luar biasa punca!

[Copy link]
Post time 8-3-2022 08:37 AM | Show all posts |Read mode
Edited by dodolgemok at 8-3-2022 08:38 AM

Banjir kilat Lembah Klang: Hujan lebat luar biasa dalam tempoh 2 jam jadi punca - Tuan IbrahimAstro Awani
Mac 7, 2022 23:00 MYT





Bacaan kadar taburan hujan yang tinggi direkodkan di Stesen Taman Desa Smart, Kuala Lumpur dengan bacaan 106.5 milimeter. - Gambar/ Bernama


KUALA LUMPUR: Hujan lebat luar biasa dalam tempoh dua jam dikenal pasti menjadi punca berlakunya banjir kilat di ibu negara petang tadi.
Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, bacaan kadar taburan hujan yang tinggi direkodkan di Stesen Taman Desa Smart, Kuala Lumpur dengan bacaan 106.5 milimeter.

Tambah beliau, bacaan lebih tinggi pula direkodkan di Stesen Air Panas dengan bacaan 155 milimeter hanya dalam tempoh dua jam.

"Dalam tempoh setahun, bacaan hujan adalah 2,500 mm menjadikan purata bacaan (kira-kira) 200 mm sebulan, namun dalam tempoh dua jam sahaja bacaan yang direkodkan adalah melebihi 106 mm iaitu lebih setengah purata bulanan.


“Kejadian banjir berpunca daripada hujan lebat luar biasa dalam tempoh dua jam menyebabkan sistem perparitan sedia ada tidak dapat menampung kapasiti aliran air yang tinggi.

“Aras air Sungai Gombak di Stesen Jalan Tun Razak adalah pada pada aras bahaya dengan bacaan 31.99m, manakala aras air Sungai Gombak di Jalan Parlimen dan Sungai Klang di Stesen Jambatan Tun Perak masing-masing adalah 30.38 meter dan 30.12 meter.

“Insiden banjir kilat ini menyebabkan kawasan tempat letak kereta di Besraya ditenggelami air sehingga kedalaman 0.6 meter. Selain itu, adalah dianggarkan 103 buah rumah telah terjejas di sekitar Kampung Periuk dan Kampung Pasir Baru, Kuala Lumpur,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media khas berhubung banjir kilat di Kuala Lumpur dan Lembah Klang di Pusat Kawalan Terowong SMART di sini, pada Isnin malam.

Tambah beliau, lencongan Terowong SMART telah diaktifkan kepada Mod 2B pada jam 3.40 petang, Mod 2 pada 3.58 petang dan Mod 3 pada 4.44 petang tadi.

“Pada masa sama, semua infrastruktur sistem kawalan banjir di bawah Jabatan Pengairan dan Saliran Wilayah Persekutuan (JPSWKL) telah beroperasi dengan baik mengikut prosedur operasi standard (SOP).

“Terowong SMART juga berkesan cuma air banyak sangat dalam beberapa jam dan ia berisiko. Tapi akan datang kita rancang untuk tinggikan ban di sungai dan tingkatkan (hebahan) ramalan MetMalaysia.

“Ia adalah supaya ketepatan ramalan ditingkat dan pada masa sama, kita juga galakkan masyarakat terlibat dalam usaha memberikan laporan,” ujarnya.

Beliau juga menasihatkan penduduk kawasan rendah agar lebih berhati-hati dan sentiasa berjaga-jaga ketika hujan lebat.

“Orang ramai juga diminta untuk sentiasa peka dengan bunyi siren amaran banjir bagi memantau keadaan cuaca.

“Sekiranya hujan lebat serta air laut pasang berlaku serentak, mereka perlu bersedia untuk berpindah ke tempat selamat dan mematuhi arahan pihak berkuasa yang ditetapkan,” katanya.

P/s: Ni je lah lobai mampu buat utk tangani masalah banjir ya? Xda plan jangka masa pendek,sederhana dan panjang, xda reassurance kpd rakyat, xda solusi, sampah!



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2022 08:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Lobai sejak jd gomen terus percaya ramalan, sampai cabutan no ramalan pun ditambah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2022 08:52 AM | Show all posts
Firenzza replied at 8-3-2022 08:44 AM
Lobai sejak jd gomen terus percaya ramalan, sampai cabutan no ramalan pun ditambah

Dah xda bunyi salakan para walauncai tentang bala akibat konser, bala akibat pemerintah kaki maksiat, bala akibat laknat tuhan. Semua ni salah hujan lebat luar biasa.
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2022 08:55 AM | Show all posts
mudahnya bagi alasan......
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2022 09:07 AM | Show all posts
same fella who said Malaysia is not subjected to extreme climate change or something, no?
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2022 09:10 AM | Show all posts
dodolgemok replied at 8-3-2022 08:52 AM
Dah xda bunyi salakan para walauncai tentang bala akibat konser, bala akibat pemerintah kaki maksi ...


tengah korek kotak template jawapan
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 8-3-2022 09:13 AM | Show all posts
xAthenax replied at 8-3-2022 09:07 AM
same fella who said Malaysia is not subjected to extreme climate change or something, no?

Yes same2. Ujong2 baca skrip dari metmalaysia, xreti nak buat mitigation plan, escape plan, reassurance. Lobai bodoh bangga bila dapat kecek meleis kat pbb jah.
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2022 09:43 AM | Show all posts
Eeeehhhh ... macai totok party asobiyyah & pentaksub tegar Pok Jib(yg kalah rayuan tu)  @kemaruk

Apa dah jadik dengan canal2 tambatan banjir yang ko dok terpekik terlolong sebelum ni?
“Terowong SMART juga berkesan cuma air banyak sangat dalam beberapa jam dan ia berisiko. Tapi akan datang kita rancang untuk tinggikan ban di sungai dan tingkatkan (hebahan) ramalan MetMalaysia.

Hmmm ... ia berkesan cuma air banyak sangat dalam beberapa jam ... berkesan atau tak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-3-2022 09:58 AM | Show all posts
sam1528 replied at 8-3-2022 09:43 AM
Eeeehhhh ... macai totok party asobiyyah & pentaksub tegar Pok Jib(yg kalah rayuan tu)  @kemaruk

A ...

Dodol syiak heshe tgah buat field study kat dalam sungai gombak tu, sbb desktop study xberkesan gamaknya.
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2022 10:25 AM | Show all posts
Iols tergelak jap..... adoi... ibarat rumah org terbakar, bomba keluarkan report bgtau rumah dia terbakar disebabkan api
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2022 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Satu lagi sebab yang maha penting yang tuan ibharim tertinggal..iaitu ini semua salah DAP…
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2022 12:52 PM | Show all posts
SMART ni berkesan untuk sebahagian tempat di KL je contohnya keramat, jalan tun razak, ampang, jelatek etc

belah2 klang lama kuchai lama sungai besi etc tu yang banjir terok semalam

kalau ada canal city mesti lebih berkesan
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2022 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang lagi pelik tu macam mana Tuan Ibrahim boleh jadi Tuan Ibharim, nak kata tulisan jawi gone wrong macam Mahiaddin abahcow ijau cirit yang prihatin lagi berpenjana serta berlestari lagi bersinar serta permai lagi pemerkasa serta pemerkasa+ lagi pemulih serta bercitra tak masuk akal lah pulak perkataan Ibharim tu?
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2022 01:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok ok. Baru kitorang tau hujan lebat punca banjir.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2022 02:12 PM | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 8-3-2022 01:52 PM
Yang lagi pelik tu macam mana Tuan Ibrahim boleh jadi Tuan Ibharim, nak kata tulisan jawi gone wrong ...

Org tua dulu2 x reti mengeja gamaknya.
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2022 04:13 PM | Show all posts
Apa dah jadi dengan MALAYSIA TERBAIK URUS BANJIR tu Shahidan Kassim ??! Dah keluar gua belum?





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-3-2022 04:33 PM | Show all posts
tripleid replied at 8-3-2022 04:13 PM
Apa dah jadi dengan MALAYSIA TERBAIK URUS BANJIR tu Shahidan Kassim ??! Dah keluar gua belum?

Mmg gagal total menteri lobai ni yah! Tu pon walauncai bangga sbb dpt kecek meleis dekat pbb yg mana sepatah haram pon org xpaham sbb xda translator. Kahkahkah!
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2022 05:48 PM | Show all posts
kemaruk replied at 8-3-2022 12:52 PM
SMART ni berkesan untuk sebahagian tempat di KL je contohnya keramat, jalan tun razak, ampang, jelat ...

Ohhh ... dah ubah cakap pulak ye

Dulu klaim dengan SMART Tunnel garanti 100% KL tak banjir , Canal City garanti 100% Selangor tak banjir

Hmmm ...

Apa pendapat ko pulak dengan ni :

“Terowong SMART juga berkesan cuma air banyak sangat dalam beberapa jam dan ia berisiko. Tapi akan datang kita rancang untuk tinggikan ban di sungai dan tingkatkan (hebahan) ramalan MetMalaysia.
Hmmm ... berkesan cuma air banyak sangat dalam beberapa jam ... berkesan atau tak?

Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2022 05:51 PM | Show all posts
Semoga mangsa-mangsa banjir ini diberikan bantuan
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2022 05:54 PM | Show all posts
canal city tu untuk keseluruhan lembah klang

smart tunnel tu budak sekolah pon tahu cuma untuk sesetengah tempat je

lagipon smart tunnel bukannya untuk mencegah climate change (sebab dibina lebih 20 tahun lalu)

canal city la yang memberikan penyelesaian menyeluruh termasuk climate change ni

kesiaannnnnn

inilah dosa KERAjaan PKR.. semata-mata nak main politik kununnya nak jimat duit rakyat, ujung2 rakyat tanggung kos kerosakan guna duit sendiri
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 03:37 PM GMT+8 , Processed in 1.049936 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list