Polis Kebumen, Jawa Tengah di Indonesia memberi hadiah kepada pengguna jalan raya yang berhemah sepanjang Operasi Keselamatan Lalu Lintas (OKLC) 2022.
Jika sebelum ini diberikan pek nasi, anggota Polis Kebumen kali ini memberi minyak masak kepada pemandu berhemah.
Dalam OKLC yang diadakan di hadapan Ketua Unit Trafik Polres Kebumen pada Isnin, para pengguna jalan raya nampak gembira setelah mendapat bungkusan berisi minyak masak.
 Polis memberi minyak masak kepada pengguna jalan raya dalam satu operasi. foto KOMPAS.COM/ DOK POLRES KEBUMEN
"Alhamdulillah ada minyak masak. Saya cari-cari tak jumpa, sebaliknya diberikan di sini," kata seorang pengguna jalan raya ketika diperiksa dalam operasi itu dipetik dari Kompas.
Ketua perhubungan awam polis, AKP Tugiman berkata, hadiah yang diagihkan itu sebagai ganjaran kerana pengguna jalan raya mematuhi peraturan lalu lintas.
" enduduk yang berhemah, kami berikan hadiah. Di dalam bungkusan itu ada keperluan asas termasuk minyak masak," kata Tugiman dalam kenyataan media, pada Isnin.
Selain keperluan asas, kanak-kanak turut menerima makanan ringan berupa coklat, wafer dan pelbagai manisan.
Sumber: mStar |