CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 379|Reply: 1

[Sarawak] Covid-19 07/03/2022

[Copy link]
Post time 7-3-2022 08:53 PM | Show all posts |Read mode





Satu kluster baharu COVID-19 diisytihar di Sarawak

KUCHING: Satu kluster baharu jangkitan COVID-19 iaitu Kluster DTI Bekenu 2, Subis diisytihar di Sarawak hari ini melibatkan tahanan di Depo Tahanan Imigresen yang terletak di Bekenu, Jalan Coastal Bintulu-Miri, Subis.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataan berkata kes indeks bagi kluster ini merupakan seorang tahanan perempuan bukan warganegara berusia 31 tahun yang dikesan positif COVID-19 pada 28 Februari di Hospital Miri.

Penularan jangkitan dipercayai berpunca daripada pergaulan dan kontak rapat dalam kalangan tahanan di dalam depo tahanan tersebut.

Seramai 45 individu disaring dan mendapati 17 individu positif termasuk kes indeks manakala 28 individu didapati negatif dengan satu kes baharu dilaporkan semalam.

JPBNS turut memaklumkan dua kluster ditamatkan iaitu Kluster Kampung Semeba dan Kluster Jalan Kolej masing-masing di sini.

Mengenai kes jangkitan harian, ia menunjukkan penurunan semalam dengan 857 kes baharu direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan kes di Sarawak setakat ini 268,512 kes.

Daripada jumlah itu 352 kes adalah kategori satu, 502 kes kategori dua, dua kes kategori empat dan satu kes kategori lima.

Kuching merekodkan kes harian tertinggi iaitu 344 diikuti Miri (127), Sibu (127), Bintulu (47), Samarahan (34), Sarikei (25), Mukah (25), Serian (16), Limbang (15),Kanowit (12), Sri Aman (10), Lawas (9), Saratok (8), Bau (7), Meradong (7), Marudi (6), Dalat (6) dan Matu (6).

Kes-kes lain dikesan di Kapit (5), Daro (5), Pakan (5), Subis (4), Betong (2), Lundu (2), Selangau (2) dan Belaga (1).

Dalam pada itu Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) mengeluarkan 13 kompaun antara 27 Februari hingga 5 Mac di Serian (9) dan Samarahan (4) atas pelbagai kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Manakala polis Sarawak mengeluarkan 11 kompaun di Kuching atas kesalahan gagal mendaftar masuk ke dalam premis melalui aplikasi MySejahtera.


utusanborneo.com.my/2022/03/07

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-3-2022 08:55 PM | Show all posts





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:45 PM GMT+8 , Processed in 0.520397 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list