CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 364|Reply: 0

[Sabah] Covid-19 07/03/2022

[Copy link]
Post time 7-3-2022 08:49 PM | Show all posts |Read mode


COVID-19 : 21 Daerah Di Sabah Catat Penurunan Kes Jangkitan

KOTA KINABALU : Sebanyak 21 daerah di Sabah mencatatkan penurunan jumlah kes jangkitan COVID-19 dengan lima daripadanya menunjukkan penurunan yang agak banyak.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, jumlah itu juga seiring dengan trend penurunan angka jangkitan baharu di seluruh negeri sebanyak 1,235 kes yang dilaporkan pada hari ini.

Katanya, ia merupakan penurunan sebanyak 280 kes berbanding semalam.

“Lima daerah yang menunjukkan penurunan yang agak banyak adalah Kota Kinabalu -127, Keningau -32, Kota Marudu -31, Kota Belud -22 dan Tawau -22.

“Walau bagaimanapun beberapa daerah terus merekodkan bilangan kes-kes baharu yang lebih tinggi berbanding sebelumnya termasuk daerah Papar yang mencatat 141 kes baharu (+54).

“Papar juga menjadi penyumbang kes kedua tertinggi selepas Kota Kinabalu dan 72.3 peratus daripada kes-kes tersebut adalah melalui jangkitan sporadik,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, peratusan kes-kes simptomatik yang berpunca daripada jangkitan sporadik kekal tinggi, iaitu 65.02 peratus daripada keseluruhan kes-kes baharu di Sabah hari ini.

Katanya, keadaan ini dapat dilihat dengan jelas apabila 22 daripada 27 daerah di Sabah merekodkan kes simptomatik (bergejala) sebagai kategori tertinggi kes-kes baharu di daerah-daerah berkenaan.

“Jangkitan sporadik mudah berlaku dan merebak dengan cepat. Atas faktor inilah maka perlunya semua golongan masyarakat mematuhi semua prosedur standard oprasi (SOP) secara serius bagi mengekang penularan virus dalam komuniti.

“Sebanyak 1,221 atau 98.87 peratus daripada 1,235 kes-kes baharu hari ini adalah dalam Kategori satu dan dua, lima kes dalam Kategori tiga, lima kes dalam Kategori empat dan empat kes dalam Kategori lima,” katanya.


sabahmedia.com/2022/03/07

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:33 AM GMT+8 , Processed in 0.051592 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list