CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 321|Reply: 0

[Pulau Pinang] PBAPP laksana lima projek kontingensi demi keselamatan bekalan air

[Copy link]
Post time 7-3-2022 06:46 PM | Show all posts |Read mode
PBAPP laksana lima projek kontingensi demi keselamatan bekalan air
| | 07 Mac 2022


Jaseni


GEORGE TOWN - Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP) sedang melaksanakan lima projek menerusi Pelan Kontingensi Air Mentah 2030 (RWCP 2030) demi memastikan keselamatan bekalan air Pulau Pinang.


Ketua Pegawai Eksekutif PBAPP, Datuk Jaseni Maidinsa berkata, lima projek tersebut merupakan komponen utama RWCP 2030 PBAPP dan akan menghasilkan 569 juta liter sehari (JLH), sekali gus meningkatkan kapasiti reka bentuk maksimum daripada 1,599 JLH kini kepada 2,168 JLH.


"PBAPP merancang untuk menyiapkan dua projek naik taraf di Loji Rawatan Air Sungai Dua, Pulau Pinang yang pernah memenangi anugerah, membina dua loji rawatan air baharu berdekatan Empangan Mengkuang dan Sungai Muda dan mula meneroka Sungai Perai sebagai sumber air mentah tambahan untuk Pulau Pinang," katanya dalam kenyataan pada Isnin.


Jaseni berkata, pada 2021, penggunaan air Pulau Pinang ialah 860 JLH dan projek-projek itu akan membantu memastikan Pulau Pinang mempunyai margin rizab yang sihat dan mengelakkan krisis air sehingga 2030.


"Jangkaan daripada kajian air bebas yang siap pada 2021 menunjukkan permintaan air Pulau Pinang yang mungkin didorong oleh faktor sosioekonomi meningkat sebanyak 78.1 peratus (672 JLH) dan mencapai 1,532 JLH menjelang 2030," katanya.


Khamis lalu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow memberitahu bahawa kerajaan Pulau Pinang dan kerajaan Perak telah bersetuju untuk merujuk isu pembekalan air mentah dari Sungai Perak di bawah Skim Penyaluran Air Mentah Sungai Perak (SPRWTS) kepada Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) bagi penyelesaian.


Selain itu, Jaseni berkata, pada 2019, PBAPP mencadangkan Inisiatif Bekalan Air Pulau Pinang 2050 (PWSI 2050) kepada Kerajaan Pulau Pinang sebagai pelan hala tuju kejuruteraan bekalan air untuk memastikan keselamatan bekalan air untuk Pulau Pinang hingga 2050.


Katanya, PWSI 2050 telah disemak beberapa kali untuk menangani senario sekiranya SPRWTS ditangguhkan lagi atau tidak dapat dilaksanakan menjelang 2030.


"Memandangkan senario SPRWTS terkini, PBAPP mengesyorkan penyahgaraman air laut di Pulau Pinang untuk memenuhi permintaan bekalan air mentah pada masa hadapan selepas 2030. Sebagai sebuah negeri pulau yang dikelilingi oleh laut, Pulau Pinang mungkin menggunakan teknologi penyahgaraman (seperti Singapura) untuk secara teorinya memanfaatkan jumlah air mentah tanpa had untuk masa hadapan," katanya.


Projek SPRWTS dicadangkan PBAPP untuk memanfaatkan sumber air kedua Pulau Pinang di Sungai Perak dalam memenuhi keperluan permintaan air pada masa hadapan bagi Pulau Pinang dan utara Perak hingga 2025.


Pada 2019, kerajaan Pulau Pinang dan PBAPP bercadang untuk membeli air mentah dari Sungai Perak tetapi Menteri Besar Perak ketika itu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mahu menjual air terawat.


Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli ketika itu mempertimbangkan kedua-dua cadangan oleh kerajaan negeri untuk menentukan pilihan terbaik yang akan menawarkan faedah bersama termasuk pilihan ketiga iaitu hibrid yang menggabungkan pemindahan air mentah dan air terawat ke Pulau Pinang dan infrastruktur bekalan air Perak. - Bernama




Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... lamatan-bekalan-air
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:55 AM GMT+8 , Processed in 0.050627 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list