CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 351|Reply: 0

[Sarawak] Tiga individu terperangkap di hutan ditemui selamat

[Copy link]
Post time 7-3-2022 04:53 PM | Show all posts |Read mode


BANTU: Usaha membawa keluar tiga mangsa yang dilaporkan terperangkap.

KUCHING: Seorang warga emas antara tiga individu yang terperangkap dalam hutan di Jalan Kampung Selabat, Kampung Selabat di sini ditemukan selamat oleh pasukan mencari dan menyelamat, awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, ketiga-tiga mangsa dijumpai pada jarak 350 meter pada check point 1 sekitar jam 3.50 pagi.

Menurutnya, ketiga-tiga individu itu ialah Kedu Jutek, 81, Wilson Chani, 51, dan Monica Tandai, 49.

"Kesemua mangsa bagaimanapun berjaya dibawa keluar dari hutan berkenaan sekitar jam 4.06 pagi dalam keadaan selamat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Susulan penemuan tiga individu itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditamatkan pada jam 4.50 pagi.
Terdahulu, bomba menerima laporan mengenai tiga mangsa berkenaan dilaporkan sesat dan gagal keluar di hutan berkenaan akibat cuaca buruk sekitar jam 7.57 malam.

Bertindak atas maklumat berkenaan, seramai empat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan dikerahkan ke lokasi.

Dalam operasi SAR itu, komander operasi melaporkan usaha mengesan mangsa tersebut berpandukan lokasi yang dikongsi menerusi aplikasi WhatsApp.

Turut terlibat dalam operasi berkenaan ialah Unit Khas Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia (STORM) JBPM, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Persatuan Bomba Sukarela Bako Indah dan penduduk kampung.


utusanborneo.com.my/2022/03/07

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:11 PM GMT+8 , Processed in 0.061587 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list