CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 332|Reply: 0

[Sarawak] Penduduk dinasihat simpan bekalan air, kerja pembaikan paip di Jalan Salim bermula 2 petang ini

[Copy link]
Post time 7-3-2022 04:51 PM | Show all posts |Read mode


SIBU: Kira-kira 25 peratus isi rumah, dijangka mengalami gangguan bekalan air susulan kerja-kerja pembaikan paip air keluli utama 600mm yang pecah di hadapan bangunan Persatuan Foochow Sibu di Jalan Salim di sini.

Dalam satu kenyataan yang disiarkan dalam laman Facebook Lembaga Air Sibu (LAS) hari ini, kerja-kerja pembaikan paip pecah akibat tanah mendap bermula pada jam 2 petang hari ini.

Justeru, isi rumah yang terjejas dinasihatkan menyimpan bekalan air kerana kerja-kerja pembaikan dianggarkan mengambil masa 12 jam.

Kawasan terjejas termasuk Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce (Pintasan Jalan Salim), sepanjang Jalan Tunku Abdul Rahman - dari Jabatan Kimia ke Jalan Ulu Sungai Merah (termasuk Daesco, Starlink Hotel, Jalan Ling Kai Cheng dan Lorong Ulu Sungai Merah 12 hingga 63), sepanjang Jalan Tunku Abdul Rahman – dari Jalan Tunku Abdul Rahman/Persimpangan Lampu Isyarat Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce sehingga Durin Link (termasuk Lapangan Terbang Sibu, Eco Garden dan Sibujaya) dan Jalan Oya Lama sehingga persimpangan Sibu/Bintulu, Jalan Ulu Oya dan Jalan Sibintek (termasuk Hospital Sibu, Jalan Permai, Jalan Undan, Jalan Cendana, Lorong Tunku Abdul Rahman 31, Jalan Satria, Jalan Bumi Indah, Jalan Kampung Jeriah, Jalan Bougenvilla, Jalan Pine, Taman Kemuyang, Kem Rascom, Methodist Victory Home, Stesen Booster Batu 13, Kem Oya, Batu 14, Sibu dan Stesen Booster Batu 19.

"Kontraktor LAS akan berusaha untuk membaiki paip secepat mungkin," kata kenyataan itu.

Untuk pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian hotline LAS 084-216311.


utusanborneo.com.my/2022/03/07

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 11:51 PM GMT+8 , Processed in 0.068350 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list