CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 336|Reply: 0

[Sarawak] Remaja maut dalam kejadian langgar lari, polis giat kesan suspek

[Copy link]
Post time 7-3-2022 04:48 PM | Show all posts |Read mode


UNTUK SIASATAN: Motosikal yang digunakan suspek.

KUCHING: Seorang remaja maut akibat kecederaan parah di bahagian kepala selepas terlibat dalam kemalangan langgar lari di Kilometer 23, Jalan Kota Samarahan-Sadong Jaya, di sini semalam.

Kejadian berlaku kira-kira jam 6.05 petang itu membabitkan mangsa Nizarman Shah Mohd Nazrul Nizam, 19 berasal dari Kampung Tanjong Kelaso, Asajaya.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Superintenden Alexson Naga Chabu berkata, pihaknya menerima laporan kejadian terbabit sekitar jam 6.30 petang dari Cawangan Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Samarahan.

"Hasil siasatan awal, sebelum kejadian mangsa ketika itu menunggang motosikal pulang dari tempat kerja dari arah Kota Samarahan menuju ke Sadong Jaya.

"Mangsa yang sedang bergerak lurus itu dipercayai telah dilanggar sebuah kenderaan yang tidak dikenal pasti datang dari arah bertentangan, iaitu Sadong Jaya menuju Kota Samarahan," katanya dalam satu kenyataan.

Jelas Alexson, akibat kemalangan itu, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak perubatan yang tiba di lokasi.

Tambahnya, orang ramai yang menyaksikan kejadian ini diminta tampil memberi maklumat di balai polis berdekatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Samarahan Deputi Superintenden Sudirman Kram ketika dihubungi berkata, pihaknya giat mengesan saksi yang dapat membantu siasatan berkenaan.

"Setakat ini kita belum lagi menerima sebarang laporan yang dibuat oleh mana-mana pihak," jelasnya.

Kes bagaimanapun masih dalam siasatan dan akan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


utusanborneo.com.my/2022/03/07

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 02:06 AM GMT+8 , Processed in 0.056999 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list