CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 313|Reply: 0

[Pulau Pinang] Polis rampas dadah RM79,116, tahan empat lelaki

[Copy link]
Post time 7-3-2022 03:44 PM | Show all posts |Read mode
GEORGETOWN: Polis merampas dadah jenis heroin dan syabu bernilai RM79,116 menerusi enam serbuan yang djalankan di sekitar daerah Timur Laut di sini, Rabu lalu.

Susulan serbuan itu, polis menahan empat lelaki warga tempatan berusia antara 21 hingga 31 tahun bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong, berkata suspek pertama ditahan di kawasan parkir di sebuah pasar raya di Sungai Dua, di sini, pada jam 12 tengah malam kerana disyaki terbabit dalam aktiviti pengedaran dadah.

Penahanan itu membawa kepada serbuan kedua yang dilakukan di sebuah rumah di kawasan Sungai Dua dan menahan seorang lagi suspek lelaki.


"Dalam serbuan itu, polis menemui tiga paket lutsinar berisi dadah jenis heroin kira-kira 980 gram (g) di dalam rumah berkenaan.

"Siasatan lanjut terhadap kedua-dua suspek membawa kepada penahanan suspek ketiga menerusi serbuan di sebuah rumah di Paya Terubong, Air Itam.

"Polis menemui sembilan paket plastik lutsinar dadah jenis heroin seberat 3.3 kilogram dan 11 paket plastik lutsinar berisi hablur dadah disyaki syabu seberat 291g," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Timur Laut, di sini, hari ini.

Soffian berkata, serbuan keempat pula dijalankan di kawasan parkir flat di Paya Terubong, di sini, dan menahan suspek lelaki sekali gus membongkar sebuah stor di kawasan berkenaan.

Katanya, polis menemui dadah disyaki heroin masing-masing seberat 117g dan 215g serta 179g syabu.

"Susulan itu polis menahan seorang lagi suspek lelaki di kawasan Georgetown bagi membantu siasatan.

"Keseluruhan dadah bernilai RM79,116 manakala empat kenderaan dan barangan kemas yang dirampas pula bernilai RM65,445," katanya.

Beliau berkata, ujian saringan air kencing mendapati, tiga daripada suspek positif dadah manakala tiga daripada mereka juga mempunyai rekod lampau membabitkan jenayah dan dadah.

Katanya, siasatan awal mendapati kedua-dua rumah berkenaan disewa oleh suspek pertama sejak tiga bulan lalu.

"Aktiviti pengedaran dadah itu adalah bagi pasaran tempatan dan jumlah keseluruhan dadah yang dirampas boleh digunakan seramai 25,557 penangih dadah," katanya.

Kesemua suspek direman selama tujuh hari sehingga 9 Mac bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39b Akta Dadah Berbahaya 1952.


Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong (dua dari kiri) menunjukkan rampasan dadah jenis heroin dan syabu bernilai RM79,116.00 pada sidang media di Ibu Pejabat Daerah Timur Laut, Georgetown, di sini.- Foto NSTP/Mikail Ong

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 10:08 AM GMT+8 , Processed in 0.066426 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list