CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1156|Reply: 16

Rider Foodpanda Mati Dirempuh Treler, Pemandu Positif Dadah

[Copy link]
Post time 7-3-2022 02:32 PM | Show all posts |Read mode
GUA MUSANG: Seorang penghantar makanan foodpanda tercampak ke dalam longkang selepas motosikal ditunggangi dirempuh treler di Kilometer 3.5 Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini, semalam.


Dalam kemalangan pada pukul 3.30 petang, Mohamad Amir Nordin, 23, yang menunggang motosikal  Yamaha Y15 cedera parah dan meninggal dunia dalam ambulans semasa dalam perjalanan dari Hospital Gua Musang ke Hospital Kuala Krai.


Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada pemandu treler jenis Volvo yang hilang kawalan sehingga menyebabkan kemalangan berlaku.




Foto: Utusan Online




Menurut beliau, kemalangan berlaku semasa pemandu treler berumur 37 tahun memandu kenderaan berat itu dari arah Kuala Krai menghala ke Gua Musang.


“Sampai di lokasi kejadian, pemandu treler hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger dan motosikal yang dipandu mangsa.


“Akibat pelanggaran, treler berkenaan melintang  jalan, manakala mangsa terpelanting ke dalam longkang sebelah kiri jalan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Choon Foo berkata, mangsa dihantar ke Hospital Gua Musang sebelum dipindahkan  ke Hospital Kuala Krai, namun meninggal dunia dalam ambulans pada pukul 11.15 malam.


Katanya, pemandu kenderaan pacuan empat roda dan pemandu treler cedera ringan dan saringan awal air kencing mendapati pemandu treler berkenaan positif dadah jenis methamphetamine. –CARI


Sumber: Utusan Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2022 02:40 PM From the mobile phone | Show all posts
takziah buat keluarga

tlg la bunuh je penagih lalok semua ni
kau x mati. org yg x bersalah mati
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2022 02:41 PM | Show all posts
takziah...muda lg...cari rezki smpi mlm2...
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2022 02:43 PM From the mobile phone | Show all posts
musangbodoh replied at 7-3-2022 02:41 PM
takziah...muda lg...cari rezki smpi mlm2...


Aku baca text/article yg tak sama dgn ko kewww?

Mana datang malamnya?
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2022 02:49 PM From the mobile phone | Show all posts
musangbodoh replied at 7-3-2022 02:41 PM
takziah...muda lg...cari rezki smpi mlm2...

meninggal malam. masa nak transfer hospital. Tapi accident ptg. 8 jam jugak la bertarung nyawa. Kesian
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2022 02:53 PM From the mobile phone | Show all posts
I.K.A888990 replied at 7-3-2022 02:40 PM
takziah buat keluarga

tlg la bunuh je penagih lalok semua ni

Elok hukum mati je pemandu yang layan dadah atau mabuk yang menyebabkan kemalangan maut.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-3-2022 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Hukuman gantung je pemandu lori ambik dadah ni. Zombie hidup je semua. Kesian budak ni mati tengah cari rezeki.
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2022 02:59 PM From the mobile phone | Show all posts
innalillahwainnalillahirojiun.. salam takziah, hanatnya penagih dadah ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2022 03:01 PM | Show all posts
Takziah buat keluarga mangsa
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2022 03:25 PM | Show all posts
stinger987 replied at 7-3-2022 02:43 PM
Aku baca text/article yg tak sama dgn ko kewww?

Mana datang malamnya?

amporn kan patik puan sting...errr patik tersasul
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2022 03:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Geram bace berita camni. Ni kali yg ke brape dh ni..dah2 la kesian kat penagih dadah ni semua
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2022 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Selain haruan makan anak & pedophile, pemakan taik dadah serta pemandu mabuk juga perlukan hukuman yang setimpal. Suruh pemandu mabuk minum arak berkodi2 bertempayan sampai mampos & pentaik dadah nih sila sedut dadah sampai mampos. Hidup menyusahkan orang semua selayaknya mampos kena lanyak dengan gajah kat hutan Grik.
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2022 03:49 PM | Show all posts
BunyiMeow replied at 7-3-2022 03:47 PM
Geram bace berita camni. Ni kali yg ke brape dh ni..dah2 la kesian kat penagih dadah ni semua

x boleh jentik driber2 lori..dh naik taraf pilot darat katanya..gj ribu riban
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2022 04:02 PM | Show all posts
Majikan di tanah ayer ini selagi boleh perah buruh mereka selagi itu mereka perah sampai kering...
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2022 04:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah buat keluarga mangsa
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2022 05:02 PM | Show all posts
aku tak buat delivery tp riders ni ada insurans under kategori mcm ni ke ye kalau kes mcm ni terjadi?  yelah mcm kite kan ada socso perkeso, tu pun kire insurans jugak kan kalau accident di tempat keje.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2022 10:43 PM From the mobile phone | Show all posts
xAthenax replied at 7-3-2022 03:52 PM
ramaiiiiii ooo
peratusan amat tinggi ikut statistic banyak tahun dulu
kalau tengok derang ni lalu  ...

Denda, penjara, pusat pemulihan tak berkesan. Tali gantung je jawabnya. Kalau hukuman tembak sampai mati secara public pun bagus. Baru yang lain takut.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 10:47 PM GMT+8 , Processed in 0.293600 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list