CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 278|Reply: 0

[Pulau Pinang] Sorok air ketum dalam plastik sampah

[Copy link]
Post time 7-3-2022 09:51 AM | Show all posts |Read mode


Balik Pulau: Tindakan seorang lelaki yang membawa 676 bungkusan air ketum dalam plastik sampah di dalam kenderaannya dipercayai cuba mengelak dikesan polis terbongkar selepas suspek ditahan di Jalan Sungai Burung, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, lelaki berusia 40-an itu ditahan di tepi jalan dan pemeriksaan dalam kenderaan dipandunya menemui masing-masing 13 bungkusan besar plastik sampah warna hijau dan hitam yang mengandungi air ketum.

"Polis menahan kereta itu kerana pemandunya berada dalam keadaan mencurigakan dan pemeriksaan kami menemukan 26 plastik besar yang mengandungi 676 bungkusan air ketum dipercayai ingin dijual," katanya dalam kenyataan malam ini.

Katanya, semua air ketum bernilai RM3,380 itu dirampas dan siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mengesan dalang utama yang menjalankan kegiatan memasak serta menjual air ketum itu.

Beliau berkata, lelaki yang tidak bekerja itu kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

Sementara itu, dalam perkembangan lain Kamarul Rizal berkata, polis menahan tiga lelaki berusia 20-an dalam Op Samseng Jalanan yang dijalankan di Jalan Sultan Azlan Shah-Lebuhraya Tun Dr Lim Cheung Eu, dekat sini bermula 11 malam semalam hingga 7 pagi hari ini.

Katanya, dalam operasi itu sebanyak 18 saman dikeluarkan kerana pelbagai kesalahan lalu lintas dan tiga motosikal turut disita.

"Hasil pemerhatian dalam operasi itu terdapat kumpulan motosikal yang menunggang secara menduga kelajuan dan beraksi membongkokkan badan serta aksi 'superman' yang jelas berbahaya kepada diri mereka dan pengguna jalan raya yang lain," katanya.

Beliau berkata, tiga lelaki yang ditahan itu disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan pihaknya akan sentiasa memantau aktiviti samseng jalanan setiap masa terutama pada hujung minggu bagi mengekang kegiatan itu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:13 PM GMT+8 , Processed in 0.086253 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list