CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 326|Reply: 1

[Sarawak] Covid-19 06/03/2022

[Copy link]
Post time 7-3-2022 07:33 AM | Show all posts |Read mode





COVID-19: 1,244 kes baharu, satu kematian di Sarawak

KUCHING: Sarawak merekodkan 1,244 kes baharu COVID-19 menjadikan jumlah kumulatif kes menjadi 267,655 kes.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataan hari ini memberitahu, daripada jumlah itu kategori tiga, empat dan lima merekodkan sebelas kes.

Selain itu, 564 kes membabitkan kategori satu, manakala kategori dua sebanyak 669.

Daripada jumlah kes baharu itu, Kuching masih merekodkan jangkitan harian tertinggi iaitu 446 kes diikuti Miri sebanyak 235 kes, Sibu (147), Kota Samarahan (78), Bintulu (58), Serian (56), Sarikei (37), Bau (33),  Limbang (17), Mukah (16), Lawas (15), Kanowit (13), Belaga (12) dan Saratok (10).

Selain itu, sembilan kes direkodkan di Sri Aman, lapan kes masing-masing di  Meradong Kapit, Marudi (tujuh), Dalat (lima), Asajaya dan Beluru (empat), Betong, Simunjan dan Matu (tiga), dua kes masing-mading di Lundu, Song, Daro, Lubok Antu, Selangau, Subis dan Sebauh manakala satu kes di Pakan, Kabong dan Tebedu.

Sementara itu, JPBNS melaporkan terdapat satu kematian baharu direkodkan pada 4 Mac lalu.

Ia melibatkan seorang lelaki berusia 72 tahun di bahagian Kota Samarahan yang mempunyai darah tingfi dan oenyakit oaru-paru obstruktif kronik.

Pada masa sama, tiada kluster baharu direkodkan hari ini menjadikan jumlah kluster di Sarawak kekal empat kluster.

Mengenai laporan notis kompaun, polis telah mengeluarkan sembilan kompaun di Kuching atas kesalahan gagal mendaftar masuk ke premis melalui aplikasi MySejahtera.

Penambahan 12 kompaun itu menjadikan jumlah keseluruhan kompaun dikeluarkan setakat ini sebanyak 13,517 kompaun.


utusanborneo.com.my/2022/03/06

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-3-2022 07:34 AM | Show all posts





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:29 PM GMT+8 , Processed in 0.065668 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list