CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 327|Reply: 0

[Sabah] Covid-19 06/03/2022

[Copy link]
Post time 7-3-2022 07:31 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 7-3-2022 12:51 PM



COVID-19 : Kes Jangkitan Terus Catat Penurunan

KOTA KINABALU: Sabah terus merekodkan trend penurunan kes jangkitan COVID-19 dengan jumlah sebanyak 1,515 kes dilaporkan pada hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, ia merupakan penurunan sebanyak 263 kes lebih rendah berbanding semalam.

“Kota  Kinabalu kekal menjadi penyumbang utama kes-kes baharu di Sabah dengan 479 kes (-32) diikuti oleh Tuaran 133 kes (-35) dan Penampang 103 kes (-103).

“Daerah-daerah lain mencatatkan kes baharu dua angka kecuali Semporna enam kes, Kunak empat kes dan Kalabakan satu kes,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, terdapat pertambahan kes baharu di 10 daerah dengan Tambunan merekodkan  pertambahan 25 kes.

Katanya, selain daripada Penampang yang merekodkan penurunan kes yang tertinggi (-103), Beaufort juga mencatat penurunan yang agak besar dengan -54 berbanding sebelumnya.

“Penurunan jumlah kes-kes baharu secara keseluruhan tidak harus melalaikan masyarakat daripada mematuhi semua prosedur standard operasi (SOP) yang berkuatkuasa.

“Trend menurun boleh dengan cepat bertukar sebaliknya, apatah lagi dengan mengambilkira peratusan jangkitan sporadik kekal tinggi, iaitu 62.71 peratus daripada semua kes hari ini.

“Trend menurun hanya boleh bertahan sekiranya semua kita mematuhi secara konsisten semua SOP dan  saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya.

Masidi berkata, sebanyak 1,498 atau 98.88 peratus daripada 1,515 kes hari ini adalah dalam Kategori satu dan dua, lima kes dalam Kategori tiga, tujuh kes dalam Kategori empat dan lima kes dalam Kategori lima.


sabahmedia.com/2022/03/06

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:46 PM GMT+8 , Processed in 0.053095 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list