CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 369|Reply: 0

[Sarawak] Warga emas maut motosikal langgar kereta

[Copy link]
Post time 6-3-2022 12:13 PM | Show all posts |Read mode
KOTA SAMARAHAN: Lelaki warga emas maut selepas motosikal berkuasa tinggi yang ditunggangnya berlanggar dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Kilometer 11, Jalan Kota Samarahan-Mambong Batu 15 di sini, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, dalam kejadian yang dilaporkan kira-kira jam 2.40 petang itu, mangsa, 64, sedang bergerak lurus dari Jalan Mambong Batu 15 menuju ke Kota Samarahan.

“Kejadian berlaku apabila mangsa melanggar kereta MPV yang datang dari arah Kota Samarahan hendak masuk ke simpang di sebelah kanan.
“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak ambulans,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau menambah pemandu kereta MPV berumur 44 tahun tidak mengalami kecederaan.

Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Motosikal mengalami kerosakkan pada bahagian hadapan selepas terbabit kemalangan dengan sebuah kereta MPV.


Keadaan di tempat kejadian membabitkan sebuah motosikal berkuasa tinggi dan sebuah kereta MPV di di Kilometer 11, Jalan Kota Samarahan-Mambong Batu 15 di sini, semalam.


March 6, 2022

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 03:05 AM GMT+8 , Processed in 0.499449 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list