CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 344|Reply: 0

[Sarawak] RM92,000 kompaun SOP dalam tempoh seminggu di Kuching

[Copy link]
Post time 6-3-2022 11:27 AM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Pasukan operasi pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching mengeluarkan sebanyak 92 kompaun bernilai RM 92,000 dalam tempoh seminggu.

Ketua Polis Daerah Kuching Asistan Komisioner Ahsmon Bajah berkata, ia hasil penguatkuasaan SOP Akta 342 di kawasan Kuching yang bermula 25 Februari 2022 hingga 3 Mac.

“Daripada jumlah tersebut seramai 52 lelaki dan 28 perempuan dikompaun dengan nilai sebanyak RM80,000.

“Manakala sebanyak 12 buah premis turut dikenakan kompaun berjumlah RM12,000,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurut beliau, kesalahan yang paling banyak dikesan adalah gagal memaparkan jumlah maksimum pelanggan masuk ke premis dalam satu-satu masa.

Tambahnya, turut dikesan individu gagal mendaftar menggunakan aplikasi My Sejahtera.

Tegasnya, kompaun yang telah dikeluarkan atas kesalahan dibawah peraturan 17(1)dan 17(2) PPPB PPPPB Langkah-langkah di dalam kawasan Tempatan Jangkitan (LLDKTJ) Pelan Pemulihan Negara 2021.


sarawakvoice.com/2022/03/05

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:03 AM GMT+8 , Processed in 0.282161 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list