CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 410|Reply: 0

[Sarawak] Ini ayat Macau Scam guna untuk perangkap mangsa

[Copy link]
Post time 6-3-2022 11:26 AM | Show all posts |Read mode


MIRI: Kes penipuan Macau Scam direkodkan bagi tempoh 1 Januari sehingga 3 Mac tahun ini membabitkan kerugian kira-kira RM789,220 dengan sembilan kertas siasatan dibuka.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Hakemal Hawari semalam memberitahu lima kertas siasatan dituduh di Mahkamah Miri dalam tempoh berkenaan.

Melalui pendedahan Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri, modus operandi jenayah penipuan menggunakan medium telekomunikasi iaitu menerusi panggilan telefon atau dikenali sebagai Macau Scam.

“Dalam kes seperti ini, polis akan membuat siasatan dan pertuduhan di bawah peruntukan Seksyen 420 dan Seksyen 424 Kanun Keseksaan ataupun Seksyen 37(1) Ordinan Kesalahan-Kesalahan Kecil Sarawak 1958 ke atas keldai akaun jika dapat dibuktikan penglibatan mereka,” katanya.

Hakemal menjelaskan, kebiasaan mangsa diperdaya selepas menerima panggilan telefon daripada yang tidak dikenali mengaku dari bank, syarikat telekomunikasi, kenalan atau pihak berkuasa undang-undang seperti BNM, LHDN, PDRM atau mahkamah.

“Ayat yang biasa digunakan oleh suspek seperti – kamu terlibat dengan jenayah dan jika enggan memberikan kerjasama akan ditangkap segera, serahkan maklumat akaun dan butiran kewangan untuk siasatan.

“Di samping itu, suspek menggunakan ayat dengan mengarahkan supaya membuat pindahan wang ke dalam akaun pihak lain bagi tujuan pemutihan nama mangsa dalam kes jenayah dan jangan memberitahu sesiapa mengenai panggilan yang diterima,” jelasnya.

IPD Miri mengingatkan orang awam agar tidak mudah panik dan terpedaya dengan panggilan telefon yang diterima daripada pihak tidak dikenali.

“Jika menerima panggilan seperti itu, mereka harus segera memutuskan panggilan serta membuat pengesahan segera kepada pihak berkaitan terlebih dahulu bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan,” tegasnya.

Beliau seterusnya mengingatkan orang awam tidak menyerahkan butiran kewangan atau sewakan akaun bank atau mendedahkan nombor kad ATM (pengeluaran wang automatik) serta nombor pin atau TAC (kod pengesahan transaksi) kepada pihak ketiga.

Orang ramai juga disarankan agar membuat semakan di laman web https://semakmule.rmp.gov.my/ atau boleh hubungi CCID Scam Response Center melalui talian 03- 26101559 dan 03-26101599.

Mereka juga boleh menghubungi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) infoline di talian 013- 2111222 (WhatsApp atau SMS) bagi mendapatkan nasihat atau menyalurkan maklumat berhubung kes jenayah telekomunikasi seperti Macam Scam.


sarawakvoice.com/2022/03/06

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 10:49 AM GMT+8 , Processed in 0.054652 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list