CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 308|Reply: 0

[Sabah] Lelaki maut tersepit pada enjin bot

[Copy link]
Post time 6-3-2022 11:14 AM | Show all posts |Read mode


MAUT: Pasukan bomba membawa mayat mangsa ke daratan untuk tindakan selanjutnya.

SEMPORNA: Seorang lelaki maut selepas tersepit pada enjin bot semasa menjalankan aktiviti menangkap ikan di kampung Panji Hujung, di sini pagi tadi.

Mangsa berumur 18 tahun ditemukan terjatuh ke dalam laut dan tersepit pada enjin bot berkenaan sebelum berjaya dikeluarkan oleh awam.

Menurut keluarga mangsa, kejadian berlaku kemungkinan disebabkan baju mangsa terlilit pada enjin bot yang sedang bergerak sehingga menyebabkannya terjatuh dan tersepit.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Air Semporna, Faisal Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 11.40 pagi.

Katanya, susulan itu sepasukan 11 anggota dan pegawai bersama tiga jentera digerakkan ke lokasi kejadian bagi operasi menyelamat.

“Pasukan bomba menempuh cabaran kerana terpaksa berjalan sejauh satu kilometer ke tempat kejadian disebabkan tiada laluan bot.

“Bagaimanapun, mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Menurutnya, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan badan.

“Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Semporna untuk bedah siasat dan tindakan selanjutnya.

“Pasukan bomba menjalankan pemeriksaan akhir bagi memastikan lokasi kejadian selamat sebelum operasi ditamatkan pada jam 12.19 tengah hari,” katanya.


utusanborneo.com.my/2022/03/05

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 03:04 AM GMT+8 , Processed in 0.274700 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list