CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 416|Reply: 0

[Sabah] Cubaan seludup keluar barang kawalan gagal, juragan ditahan

[Copy link]
Post time 6-3-2022 11:10 AM | Show all posts |Read mode


SELUDUP: Juragan dan barang rampasan dibawa ke Markas Operasi PPM Sandakan untuk tindakan lanjut.

SANDAKAN: Taktik seorang lelaki yang cuba menyeludup barang kawalan menggunakan kapal ikan gagal selepas ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) di kawasan laut Pulau Berhala, di sini semalam.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Sandakan Deputi Superintendan Rusdin Banin berkata pasukannya mengesan pergerakkan kapal tersebut dalam keadaan mencurigakan.

Katanya, pasukan PPM bertindak memintas dan menahan kapal ikan tersebut untuk tujuan pemeriksaan dokumentasi dan barang yang dibawa.

“Hasil pemeriksaan menemukan pelbagai barang kawalan seperti minyak diesel, minyak petrol, tepung gandum, minyak masak dan tong gas.

“Juragan kapal yang berumur 35 tahun itu juga gagal mengemukakan sebarang permit daripada pihak berkuasa untuk membawa barang kawalan tersebut,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Menurutnya, juragan terbabit dipercayai menggunakan kapal ikan menyeludup keluar barang kawalan ke negara jiran bagi mengelak dikesan pasukan keselamatan.

“Semua barang kawalan termasuk kapal yang dianggarkan bernilai RM236,000 itu dibawa ke Markas Operasi PPM Sandakan untuk tindakan lanjut.

“Manakala juragan kapal terbabit ditahan dan kes disiasat mengikut seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya.

Rusdin berkata, PPM berharap masyarakat persisir pantai dapat menyalurkan sebarang maklumat sekiranya mendapati aktiviti yang melanggar undang-undang di sekitar mereka.

“Maklumat boleh disalurkan melalui aplikasi whatsApp PPM wilayah 4 Sabah di talian 013-2831197,” katanya.


utusanborneo.com.my/2022/03/06

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:31 AM GMT+8 , Processed in 0.060559 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list