CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 378|Reply: 0

[Sarawak] Tangani gejala iklan haram syarikat pinjaman wang

[Copy link]
Post time 6-3-2022 11:08 AM | Show all posts |Read mode


MIRI: Parti Tindakan Demokratik (DAP) menggesa pihak berkuasa memantau kegiatan pengiklanan haram daripada syarikat pinjaman wang.

Setiausaha DAP Sarawak Alan Ling (gambar) mendapati masalah itu di sini masih serius dan perlu ditangani segera.

Menurutnya, iklan boleh dilihat di banyak lokasi termasuk dalam peti surat rumah, diselitkan di pagar kedai dan cermin kereta.

“Sejak kebelakangan ini, kebanyakan iklan haram digantung, dilekatkan atau diletakkan di cermin dan pintu kenderaan, tiang lampu, pokok-pokok serta merata tempat semakin berleluasa dan perkara ini adalah berbahaya dan tidak bertanggungjawab,” katanya.

Menurutnya, syarikat terbabit seharusnya memastikan kaedah iklan bertepatan syarat-syarat permohonan permit.

Sehubungan itu, Ling mencadangkan agar penguatkuasaan lebih tegas dan meluas serta pendakwaan diyakini dapat mengawal dan mengatasi sepenuhnya masalah ini.

Bekas Ahli Dewan Negara dan Senator itu pernah membangkitkan isu tersebut pada Persidangan Dewan Negara dan mendapat perhatian Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Beliau meminta KPKT mengkaji semula Akta Pemberi Pinjam Wang sedia ada agar penguatkuasaan iklan tanpa permit itu dapat diperluaskan kepada pihak ketiga seperti pencetak, kontraktor dan individu menggantung, mempamer atau mengedarkan iklan-iklan haram pemberi pinjam wang itu.

“Akta sedia ada wajar diperhalusi dan diperketatkan agar tindakan penguatkuasaan dan dakwaan ke atas individu atau syarikat terbabit boleh diambil supaya persekitaran bersih daripada iklan haram," jelasnya.

Ling percaya pihak berkuasa mampu mengesan syarikat-syarikat dari maklumat iklan diedarkan untuk rujukan dan siasatan lanjut.

Beliau berkata, semua syarikat pinjaman wang berlesen boleh menjalankan perniagaan secara beretika dan mengikut undang-undang bagi memastikan peminjam memperolehi pinjaman sah serta bertepatan dengan kadar faedah yang dibenarkan.


utusanborneo.com.my/2022/03/05

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:14 AM GMT+8 , Processed in 0.080742 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list