CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 391|Reply: 1

[Pulau Pinang] PPV PICKids lengang pada hari minggu, cuti sekolah

[Copy link]
Post time 5-3-2022 08:41 PM | Show all posts |Read mode
PPV PICKids lengang pada hari minggu, cuti sekolah



Oleh Nur Izzati Mohamad - Mac 5, 2022 @ 6:27pmbhnews@bh.com.my



BUTTERWORTH: Ramai ibu bapa yang membawa anak untuk mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 terkejut kerana tidak perlu beratur panjang, malah pusat pemberian vaksin lengang dan banyak ruang menunggu yang kosong.

Ramai ibu bapa yang datang awal kerana tidak mahu beratur panjang apabila menjangka berlaku kesesakan untuk mengambil pelalian pada hujung minggu dan musim cuti sekolah.

Seorang ibu, Norazlin Taharin, 45, berkata dia datang awal ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Offsite di Tapak Ekspo Seberang Jaya, di sini untuk membolehkan anak bongsunya, Nor Hifiy Norhasidi, 8, disuntik vaksin.

"Tetapi apabila sampai banyak ruang menunggu kosong dan lengang. Saya ingat bila cuti sekolah dan hari minggu memang ramai akan ambil kesempatan bawa anak-anak mereka ke sini.

"Mungkin ada yang tengah kuarantin sebab kes tengah naik sekarang maka mereka tidak dapat membawa anak mereka pada masa ini.

"Anak bongsu saya sepatutnya sudah lama perlu hadir ke PPV tetapi sebab saya bekerja tidak dapat bawa dia dan memilih hari minggu untuk dia dapatkan vaksin," katanya ditemui di sini, semalam.



Suasana lengang di PPV untuk Program Imunisasi COVID-19 Kanak-kanak (PICKids) di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Offsite Tapak Ekspo Seberang Jaya, Butterworth hari ini walaupun pada hujung minggu dan cuti sekolah. - Foto NSTP/Danial Saad

Jelasnya, sama seperti ibu bapa lain dia mahu memberikan perlindungan kepada anak-anaknya supaya segera divaksinasi memandangkan kes sedang meningkat terutamanya dalam kalangan kanak-kanak.

Bagi Lee Kok Yong, 37, pula anak tunggalnya, Hubery Chee Han Cheng, 6, selesai menerima vaksin dalam tempoh 15 minit sahaja.

"Saya bawa dia awal sebab ingat ramai orang sebab selalu kalau PPV dewasa hari minggu paling ramai hingga perlu beratur panjang. Mujur semua berjalan lancar dan harap vaksin ini dapat mencegah anak daripada jangkitan COVID-19," katanya.

Sementara itu, Jurucakap PPV berkenaan , Dr Navin Tangasami berkata, mereka yang hadir mendapatkan suntikan vaksin semalam terdiri daripada mereka yang tidak dapat hadir sebelum itu atas faktor kerja.

"Oleh itu, ibu bapa ini ambil kesempatan untuk hadir pada hujung minggu dan cuti sekolah. PPV ini mampu memberikan suntikan mencecah 1,000 orang sehari," katanya.



Suasana lengang di PPV untuk Program Imunisasi COVID-19 Kanak-kanak (PICKids) di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Offsite Tapak Ekspo Seberang Jaya, Butterworth hari ini. - Foto NSTP/Danial Saad










Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-3-2022 08:43 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:16 PM GMT+8 , Processed in 0.071632 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list