CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 377|Reply: 1

[Sabah] Covid-19 05/03/2022

[Copy link]
Post time 5-3-2022 05:01 PM | Show all posts |Read mode


COVID-19 : Sabah Rekod Jangkitan Dibawah Paras Angka 2,000

KOTA KINABALU : Kes jangkitan COVID-19 di Sabah kembali menurun dibawah paras angka 2,000 kepada 1,778 kes pada hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, jumlah itu merupakan 353 kes lebih rendah daripada jumlah semalam.

Katanya, Kota Kinabalu masih menjadi penyumbang utama kepada kes-kes harian di Sabah dengan 511 kes iaitu penurunan sebanyak 166 kes berbanding jumlah semalam.

“Kes-kes daftar lewat (backlogs) di Kota Kinabalu banyak mempengaruhi jumlah kes harian juga telah berkurangan dan hari ini cuma 71 kes tertangguh yang melebihi lima hari.

“Secara keseluruhan, terdapat tanda-tanda kearah penstabilan jumlah kes-kes harian. Sebagai perbandingan 17 daerah mencatat penurunan jumlah kes-kes baharu berbanding lapan daerah yang merekodkan pertambahan.

“Hanya tiga daerah mencatatkan kes-kes baharu pada kadar tiga angka, iaitu Kota Kinabalu 511 kes, Penampang 206 kes dan Tuaran 168 kes,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, sebanyak 21 daerah mencatatkan kes baharu dua angka dan tiga daerah lain masing-masing merekodkan kes-kes baharu satu angka.

Katanya, penstabilan dan penurunan kes-kes baharu banyak bergantung kepada sikap masyarakat dalam mematuhi semua prosedur standard operasi (SOP) dan nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Sikap masyarakat menjadi penentu utama kepada kejayaan kita memerangi ancaman COVID-19.

“Peratusan kes-kes simptomatik yang berpunca daripada jangkitan sporadik dalam komuniti masih terlalu tingggi, iaitu 65.47 peratus pada hari ini.

“Peratusan tinggi jangkitan sporadik adalah punca utama penularan virus dengan cepat dan meluas. Mengikut statistik hari ini, kes-kes simptomatik yang berpunca daripada jangkitan sporadik merupakan penyumbang utama kes-kes baharu di 23 daripada 27 daerah di Sabah,” katanya.

Katanya, sebanyak 1,745 atau 98.14 peratus daripada 1,778 kes-kes baharu hari ini adalah dalam Kategori satu dan dua, 11 pesakit dalam Kategori tiga, 13 orang dalam Kategori empat dan sembilan orang dalam Kategori lima.


sabahmedia.com/2022/03/05
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-3-2022 03:23 AM | Show all posts
1,778 kes baharu, peratusan kes simptomatik di Sabah masih tinggi

KOTA KINABALU: Peratusan bagi kes simptomatik yang berpunca daripada jangkitan sporadik dalam komuniti di Sabah masih terlalu tinggi dengan mencecah 65.47 peratus daripada jumlah keseluruhan 1,778 kes baharu COVID-19 di negeri ini hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata peratusan tinggi terhadap jangkitan sporadik menjadi punca utama penularan virus dengan cepat dan meluas.

“Berdasarkan statistik hari ini, kes simptomatik yang berpunca daripada jangkitan sporadik adalah penyumbang utama kes baharu di 23 daripada 27 daerah di Sabah,” katanya.

Bercakap lanjut berkenaan perkembangan kes harian COVID-19 di Sabah, Masidi berkata ibu negeri masih menjadi penyumbang utama kepada kes baharu di Sabah.

“Untuk hari ini sahaja Kota Kinabalu mencatatkan 511 kes iaitu penurunan sebanyak 166 kes berbanding hari sebelumnya.

“Kes daftar lewat (backlogs) di daerah ini yang banyak mempengaruhi jumlah kes harian juga dilihat berkurangan dan hanya 71 kes tertangguh yang melebihi lima hari,” katanya.

Beliau bagaimanapun berkata terdapat tanda-tanda kearah penstabilan jumlah kes harian dengan melihat perbandingan 17 daerah yang mencatat penurunan jumlah kes baharu berbanding lapan daerah yang merekodkan pertambahan.

“Hanya tiga daerah mencatatkan kes baharu pada kadar tiga angka, iaitu Kota Kinabalu 511 kes, Penampang 206 kes dan Tuaran 168 kes.

“21 daerah pula mencatatkan kes baharu dua angka dan tiga daerah lain masing-masing merekodkan kes baharu satu angka.

“Penstabilan dan penurunan kes baharu banyak bergantung kepada sikap masyarakat dalam mematuhi semua Prosedur Operasi Standard (SOP) dan nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya sambil menambah sikap itu juga menjadi penentu utama kepada kejayaan negara memerangi ancaman COVID-19.


utusanborneo.com.my/2022/03/05


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 04:02 PM GMT+8 , Processed in 0.058460 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list