CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 514|Reply: 4

[Sarawak] Dua ekor buaya ditangkap di Sungai Igan

[Copy link]
Post time 5-3-2022 04:52 PM | Show all posts |Read mode
SIBU: Dua ekor buaya berjaya ditangkap oleh pihak berkuasa di Sungai Igan hari ini.

Menurut  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng, Dato Dr Juanda Jaya, dua ekor buaya itu panjang 15 kaki dan 13 kaki masing-masingnya ditangkap pihak berkuasa.

“Khabarnya seekor lagi juga telah ditangkap,’ katanya.

Menerusi video dan gambar yang dikongsi oleh di Facebooknya, tular rakaman yang menunjukkan dua ekor buaya ‘bersaiz besar’ itu diangkat menggunakan jengkaut ke atas lori untuk dipindahkan.

“Ini adalah bagi keselamatan penduduk di kawasan,” jelasnya lagi.




sarawakvoice.com/2022/03/05

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2022 07:34 PM | Show all posts
one day..i rasa pupus buaya kat swak..hehehehehe

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-3-2022 11:16 AM | Show all posts
Edited by Vellfire at 6-3-2022 03:18 AM



Foto: Sarawak Forestry Corporation

Ada permit tangkap dua ekor buaya

SIBU: Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) menjelaskan operasi menangkap dua ekor buaya di Sungai Igan, dekat sini pagi semalam dilakukan oleh sekumpulan individu yang mempunyai permit sah.

Jelasnya dalam satu kenyataan di Facebook, sepasukan pegawai penguat kuasa ditugaskan ke tempat kejadian untuk memantau keadaan.

”Mereka memburu reptiia berkenaan kerana mendapat laporan daripada penduduk yang tinggal di Batang Igan,” jelasnya.

Katanya, pihaknya mendapat aduan orang awam berhubung video penangkapan dua ekor.

SFC berkata, Sungai Batang Igan merupakan salah satu daripada habitat buaya sejak dahulu lagi.

”Untuk pengetahuan bersama, buaya hanya akan bertindak agresif sekiranya reptilia berkenaan mengesan bahaya yang boleh mengancam habitatnya, perlindungan kepada telur dan anak-anaknya atau provokasi yang dilakukan oleh manusia,” jelas SFC.

SFC berkata,  agensi berkenaan kini masih menjalankan siasatan lanjut mengenai insiden berkenaan.

SFC turut menasihati orang ramai  agar melaporkan kepada pihaknya sekiranya berlaku penemuan atau ancaman buaya di kawasan masing-masing.


sarawakvoice.com/2022/03/06
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-3-2022 11:21 AM | Show all posts
mandear11 replied at 5-3-2022 11:34 AM
one day..i rasa pupus buaya kat swak..hehehehehe

tu baru nek buaya kat sungai igan.. kat Sarawak ni banyak sungai
hari tu ada viral kat sungai oya.. selamba jer kat tebing kampung santai2 tengok orang kpg
dahlah besor..
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2022 08:16 PM | Show all posts
ala...dia pun nak hidup gak..apa salah lor..give dia sekor ayam.....hehehehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 02:02 PM GMT+8 , Processed in 0.053493 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list