CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 327|Reply: 1

[Sarawak] Penerbangan Firefly Kuching-Pulau Pinang 7 kali seminggu

[Copy link]
Post time 5-3-2022 04:49 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Syarikat Firefly akan memulakan penerbangan di antara Pulau Pinang dan Kuching sebanyak tujuh kali seminggu mulai 11 April menggunakan pesawat Boeing 737-800 yang mampu memuatkan sehingga 189 penumpang.

Ketua Pegawai Eksekutif Firefly Philip See berkata tarikh itu adalah dua minggu sebelum perayaan Aidilfitri yang biasanya menyaksikan peningkatan jumlah penumpang dan keadaan ini dijangka berterusan hingga Mei depan.

Bercakap semasa sesi Firefly bertemu media di sini semalam, beliau seperti dilapor Bernama berkata penerbangan Pulau Pinang-Kota Kinabalu (14 kali seminggu) dan Pulau Pinang-Johor (21 kali seminggu) juga akan dimulakan serentak pada tarikh itu.

“Dalam tempoh dua bulan ini, kami akan bekerjasama rapat dengan Lembaga Pelancongan Sarawak dan Pelancongan Malaysia bagi menawarkan pelbagai tawaran serta insentif percutian,” katanya.

See juga berkata tempahan penerbangan sewa khas dari Kuching ke Australia, Taiwan serta Korea juga dijangka meningkat ekoran pembukaan semula pasaran antarabangsa dan Firefly akan bekerjasama dengan ejen pengembaraan di negeri ini selain negara terbabit bagi menawarkan produk sewa khas ini.


sarawakvoice.com/2022/03/05

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2022 10:18 PM | Show all posts
rindunyerr nak pi kuching.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 01:02 AM GMT+8 , Processed in 0.075020 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list