CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 289|Reply: 0

[Sabah] PPM halang tujuh warga asing masuk secara haram

[Copy link]
Post time 5-3-2022 04:38 PM | Show all posts |Read mode


USIR: Kesemua PTI terbabit berjaya diusir keluar ke sempadan negara.

TAWAU: Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya menghalang tujuh warga asing yang cuba masuk ke daerah ini secara haram di kawasan perairan laut Sungai Melayu, di sini semalam.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, anggota PPM yang menjalankan tugas di perairan tersebut mengesan pergerakan bot yang dinaiki oleh kesemua PTI terbabit.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Tawau, Deputi Superintendan Ridzauddin Selamat berkata pasukannya bertindak menahan bot berkenaan untuk pemeriksaan.

Katanya, anggota PPM mendapati lapan individu termasuk juragan di dalam bot berkenaan dan dipercayai bergerak dari negara jiran.

“Hasil pemeriksaan, juragan bot adalah warga tempatan, manakala tujuh penumpangnya terdiri empat lelaki tiga wanita berumur 22 hingga 61 tahun tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

“Juragan dan kesemua PTI berkenaan diberikan penerangan berkaitan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 sebelum diiring keluar dari perairan negara,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Beliau berkata, operasi yang dijalankan sekarang adalah memberi fokus kepada pendekatan mengusir keluar berbanding tangkapan sebelum ini.

“Ia selaras dengan perintah Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1998 supaya tidak berlaku penularan wabak yang dibawa masuk oleh warga asing ke negara ini.
“Pendekatan itu juga sebagai langkah pencegahan awal agar tiada kemasukan warga asing melalui perairan laut Tawau,” katanya.

Ridzauddin berkata, PPM berharap masyarakat persisir pantai dapat menyalurkan sebarang maklumat sekiranya mendapati kemasukan pendatang tanpa izin (PTI) di sekitar mereka.

“Maklumat boleh disalurkan melalui aplikasi whatsApp PPM wilayah 4 Sabah di nombor 013-2831197 atau berhubung terus ke Bilik Gerakan PPM Tawau di talian 089-983628,” katanya.


utusanborneo.com.my/2022/03/05
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 02:35 AM GMT+8 , Processed in 0.045928 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list