MUSNAH: Dua rumah jenis kekal musnah dalam kebakaran.
SANDAKAN: Dua buah rumah musnah dalam insiden kebakaran di lorong 2, Taman Merpati, di sini pagi tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jimmy Lagung dalam kenyataannya berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.07 pagi.
“Susulan itu sepasukan 13 anggota dan pegawai bersama tiga jentera digerakkan ke lokasi kejadian bagi operasi memadam.
“Sebaik tiba, dua buah rumah jenis kekal sudah musnah terbakar dan pasukan bomba terus bertindak menjalankan operasi memadam supaya api tidak merebak ke rumah yang lain,” katanya.
Jimmy berkata, pasukan bomba masih menjalankan operasi pemadaman dan pemeriksaan bagi memastikan lokasi kejadian selamat.
“Setakat ini, pasukan bomba tidak menerima sebarang laporan mengenai kecederaan atau kemalangan jiwa berlaku.
“Pasukan Forensik akan menjalankan siasatan lanjut bagi mengetahui punca dan anggaran kerugian yang dialami mangsa,” katanya.
utusanborneo.com.my/2022/03/05 |