CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 292|Reply: 0

[Sabah] Dua mangsa hilang ditemukan lemas

[Copy link]
Post time 5-3-2022 04:32 PM | Show all posts |Read mode


LEMAS: Mangsa kedua ditemukan lemas kira-kira jam 8 pagi semalam.

KUDAT: Pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR) berjaya menemukan kedua-dua mayat lelaki yang dilaporkan hilang selepas bot mereka karam semasa memukat di perairan laut Perapat Tugu Mamal di sini.

Pengarah Zon Maritim Kudat Komander Maritim Boon Chin Chau berkata mayat mangs pertama yang dikenalpasti sebagai Maclin Majaun, 29 berjaya ditemukan di kawasan Membatu Laut iaitu tiga kilometer dari lokasi mangsa dikhuatiri lemas.

“Mayat mangsa kedua iaitu Aewaeindar Fedelex Olliong, 20, berjaya ditemukan jam 8 pagi semalam dan kedua-dua mangsa adalah individu yang hilang selepas disahkan oleh ahli keluarga masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Terdahulu kedua-dua mangsa dikhuatiri hanyut dibawa arus ketika memasang pukat di Pantai Pirate Point, Kampung Parapat Laut, Kudat pada 3 Mac lalu.

Boon berkata dua bot Maritim Malaysia diatur gerak bagi melaksanakan pencarian dan turut dibantu aset daripada agensi lain iaitu pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Angkatan Pertahan Awam Malaysia (APM).

Katanya operasi SAR hari ketiga itu meliputi keluasan pencarian 78 batu nautika persegi.

Beliau turut memohon kerjasama komuniti maritim untuk melaporkan sebarang maklumat berkaitan kejadian dan kecemasan yang berlaku di laut kepada Maritim Malaysia di talian 088-611858 bagi Pusat Operasi Kudat dan talian MERS 999 yang beroperasi 24jam.


utusanborneo.com.my/2022/03/05
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:20 AM GMT+8 , Processed in 0.064769 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list