CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 307|Reply: 0

[Sabah] Jangan teragak-agak laporkan kes orang mengamuk: Yusoff Zaki

[Copy link]
Post time 5-3-2022 02:11 PM | Show all posts |Read mode


TAHAN: Suspek yang sering mengamuk didapati positif dadah sebelum berjaya ditahan polis di Kampung Telutu Bundu Kuala Penyu di sini.


BEAUFORT: Polis menasihatkan orang ramai terutama masyarakat di daerah ini agar tidak teragak-agak untuk melaporkan sebarang kejadian membabitkan kes orang mengamuk jika berlaku di kawasan masing-masing.

Ketua Polis Daerah Beaufort Deputi Superintendan Yusoff Zaki Mat Yaacob berkata tindakan itu adalah bagi mengelakkan daripada berlakunya perkara lebih teruk di masa hadapan.

Katanya pihak polis akan menjalankan tangkapan dengan segera sebelum melakukan ujian urin dan tindakan lanjut terhadap suspek.

Beliau berkata demikian selepas penahanan dua individu termasuk wanita di Kampung Telutu Bundu Kuala Penyu di sini kelmarin.

“Suspek masing-masing berumur 23 dan 24 tahun itu ditahan selepas pihak polis mendapat aduan berkenaan perbuatan suspek yang sering mengamuk di rumah.
“Kedua-dua suspek kemudiannya dibawa ke Balai Polis Kuala Penyu untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Beliau berkata hasil ujian saringan air kencing terhadap kedua-dua suspek mendapati suspek terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah selepas keputusan ujian menunjukkan suspek positif dadah jenis methapetamine.

“Suspek kini ditahan reman dan kes disiasat  mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.


utusanborneo.com.my/2022/03/05

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:19 PM GMT+8 , Processed in 0.171209 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list