CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 393|Reply: 0

[Sabah] Covid-19 04/03/2022

[Copy link]
Post time 4-3-2022 06:59 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 5-3-2022 08:39 AM



COVID-19 : Kes Jangkitan Turun 586 Kes
KOTA KINABALU : Kes jangkitan COVID-19 di Sabah turun sebanyak 586 kes berbanding semalam menjadikan jumlah keseluruhan yang dilaporkan hari ini adalah sebanyak 2,131 kes.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, walaupun berlaku penurunan kes harian pada skala besar namun ancaman penularan kes baharu masih wujud.

Katanya, ia mengambilkira kepada peratusan jangkitan sporadik dalam komuniti yang amat tinggi iaitu sebanyak 69.03 peratus.

“Kes-kes melalui jangkitan sporadik merupakan penyumbang utama kes-kes baharu hari ini di 25 daripada 27 daerah di Sabah.

“Lima daerah mencatatkan kes tiga angka iaitu Kota Kinabalu 677 kes, Penampang 199 kes, Tuaran 145 kes, Papar 122 kes dan Kota Belud 100 kes.

“Sebanyak 19 daerah lagi mencatatkan kes dua angka dan tiga daerah iaitu Semporna, Kalabakan dan Kunak masing-masing mencatatkan kes satu angka,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Katanya, sebanyak 2,118 atau 99.39 peratus daripada 2,131 kes-kes baharu hari ini adalah dalam Kategori satu dan dua, enam kes dalam Kategori tiga, enam kes dalam Kategori empat  dan satu kes dalam Kategori lima.

Sementara itu, Masidi berkata, PICKids Sabah telah berjaya melaksanakan pemberian vaksin kepada 55,540  kanak-kanak daripada 411,400 kanak-kanak berumur antara lima hingga 11 tahun yang layak divaksin.

Katanya, sebanyak 231 kes hari ini melibatkan kanak-kanak bawah umur 11 tahun yang belum divaksin, dengan 129 daripadanya merupakan kanak-kanak yang belum layak mendapat vaksin (bawah umur 5 tahun).


sabahmedia.com/2022/03/04

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 07:36 AM GMT+8 , Processed in 0.052841 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list