View: 6432|Reply: 34
|
Ibu Tangmo Nida Diugut, Terima Buku Pelik Tulisan Mantera Dicampak Depan Rumah
[Copy link]
|
|
Belum pun reda menerima takdir kematian anak tersayang, ibu kepada pelakon Tangmo Nida iaitu Panida Siriyudthayothin mendedahkan dia turut menerima ugutan daripada individu tidak dikenali.
Menerusi temubual bersama media, Panida memberitahu dia menjumpai sebuah buku ‘Metallica’ dengan setiap muka surat dipenuhi perkataan dan contengan yang tidak difahami.
Kata Panida, buku tersebut dihantar di hadapan rumahnya dan dipercayai merupakan satu bentuk ugutan untuk dia tidak bercakap lebih lanjut mengenai kematian Tangmo.
 Foto: via mStar
"Buku dengan tulisan tidak difahami ini diletakkan di depan apartment saya. Saya percaya ni ugutan untuk saya tak dedahkan banyak info," katanya kepada portal Madamemount.
Sebelum ini, Panida meluahkan rasa sangsi dan tidak percaya bahawa kematian anak kesayangannya itu akibat terjatuh secara tidak sengaja dari bot seperti yang dilaporkan media tempatan.
Panida mempercayai kematian anaknya itu ada kaitan dengan unsur jenayah.
Kelima-lima sahabat yang berada di bot tersebut telah membuat permohonan maaf kepada Panida di atas kematian anaknya itu.
Panida bagaimanapun enggan menerima permohonan maaf daripada pengurus Tangmo yang dikenali sebagai Kratik.
 Foto: via mStar
“Saya maafkan Por dan Robert. Tapi untuk Kratik, saya tidak akan dapat memaafkannya. Ada dua orang lagi (Job dan San), saya tidak tahu nak buat apa," katanya.
Sementara itu, netizen pula menganggap buku yang dihantar itu bukanlah ugutan, sebaliknya ia daripada individu luar yang mahu memberikan petunjuk terhadap misteri kematian Tangmo Nida yang hangat diperkatakan.
Dalam perkembangan lain, Polis Thailand memberi amaran dan melarang orang ramai berkongsi foto mayat Tangmo di media sosial.
Menurut wakil polis Yingyot Thepchamnong, penyebaran foto 'ngeri' itu boleh memberi kesan kepada keluarga mendiang dan menganggu siasatan pihak berkuasa.
Justeru itu, mereka yang ingkar boleh dikenakan hukuman penjara dan denda.
 Foto: via mStar
"Kepada sesiapa sahaja yang melakukan ini (kongsi foto mayat) agar ingat keluarga, orang tercinta yang kehilangan seseorang mereka kini sedang mengalami kesan emosi cukup mendalam.
"Berkongsi gambar, video atau apa-apa berkaitan dianggap tidak menghormati hak si mati, membuatkan keluarga rasa lebih kehilangan, kesedihan dan beri kesan kepada keluarga," katanya seperti dilapor Kompas.
Pada Khamis, tular beberapa keping foto memperlihatkan keadaan mayat Tangmo selepas ditemui pihak berkuasa.
Tubuh Tangmo ditemui dalam keadaan tidak sempurna dan mengalami beberapa kecederaan teruk pada bahagian paha.
Lebih menyayat hati, wajah Tangmo juga membengkak hitam dan hampir tidak dapat dikenal pasti jika dipandang secara luaran.
Mayat pelakon berusia 38 tahun ini dijumpai oleh pasukan penyelamat tempatan pada Sabtu lalu selepas tiga hari hilang dipercayai lemas.
Pegawai bahagian Forensik Hospital Umum Polis, Kol Pol Naphat Natthasumon mengesahkan kematian Tangmo akibat lemas kerana terdapat lumpur pada bahagian paru-paru.
Pihak polis juga kini sedang menyiasat lima individu yang turut berada di dalam bot sama yang dinaiki Tangmo. -CARI
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
Katanya emak terima 30mil baht, maafkan org yg pelaku atas bot yg bagi duit tu.. marah netizen thai |
|
|
|
|
|
|
|
Hot harini pasal mak dia nya decision huhu |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
ecahaha replied at 4-3-2022 07:44 PM
Hot harini pasal mak dia nya decision huhu
So bau bau ikan jugak la mak dia ke acane? Wayang je la dok sedih anak mati? |
|
|
|
|
|
|
|
Maknye mudah btl maafkan asal dpt duit.haiyoo |
|
|
|
|
|
|
|
Seriuslah? Kesian nya mendiang ni. Hidup dikelilingi manusia toxic. Dia keja penat2 semua menumpang. Udahnya mati pulak tapi tak terbela mak sendiri boleh dibeli dengan duit? |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian. Umur 3 tahun ditinggalkan dek mak dia. Patutla dia cuba nak bunuh diri masa pakwe dia umumkan dekat konsert dah break dengan dia. Semua jenis suka ambil kesempatan |
|
|
|
|
|
|
|
bomoh siam sila puja roh sheols jadi hantu yach |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya mendiang dikelilingi manusia toksik... Dr kecik kena tinggal mak
mesti dia tak rapat dgn mak sbb tu insurans pun buh nama anak p.a instead
of buh nama mak... Or mak mendiang kena ugut n kena paksa terima duit tu
if nak idup selamat.... Hmmm |
|
|
|
|
|
|
|
hahahah iols sokong 100 percent kikikik
|
|
|
|
|
|
|
|
Masa kecik mak tinggalkan..dah dewasa bapak meninggal and bercerai jugak..such a sad life she had..takde sapa dalam life yg betul sayangkan dia.. |
|
|
|
|
|
|
|
Maknya bakalan dapat durian runtuh...   |
|
|
|
|
|
|
|
Tengok video bomoh siam yang kena rasuk dgn roh tangmo. Macam real jaa.. Scarry. And iollss ada baca yg dia mmg xrapat dgn mak dia so something fishy la bila dpt duit terus nak tutup kes. |
|
|
|
|
|
|
|
rupanya ni mak tiri dia... |
|
|
|
|
|
|
|
soflala replied at 5-3-2022 01:27 AM
Tengok video bomoh siam yang kena rasuk dgn roh tangmo. Macam real jaa.. Scarry. And iollss ada baca ...
Bideo pls uols |
|
|
|
|
|
|
|
Patut la Mona Allen kata hidup kita dikelilingi oleh makhluk toksid.Kalau mak sendiri pun toksid, tak tau nk cakap apa dh la. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak faham la dgn jenis yang suka sebar gambar mayat orang. Tak terfikir kah kalau one day nanti, dia sendiri mati.. mau ke tak dia , gambar dia disebar-sebar untuk tontonan orang ramai.. ishh |
|
|
|
|
|
|
|
awenda507 replied at 4-3-2022 01:01 PM
Maknye mudah btl maafkan asal dpt duit.haiyoo
Itula…
Abang Tangmo katanya akan teruskan utk menyaman yg terlibat |
|
|
|
|
|
|
|
ayukpingu replied at 5-3-2022 12:14 AM
rupanya ni mak tiri dia...
Laaaa ye ke cuols? |
|
|
|
|
|
|
|
aku baca dari ig eisyatoh pasal kes ni. sana ramai org komen..rupanya ni mak tiri dia.
bapa mendiang ni dah meninggal 3 tahun lepas.
hubungan dgn mak tiri pun memang tak rapat dari dulu.
no wonder la, insurance pun dia letak nama anak kepada bff.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|