View: 743|Reply: 3
|
Suami Hentak Kepala Isteri Guna Tong Gas Sampai Mati, Sebelum Bunuh Diri Dengan Terjun Perigi
[Copy link]
|
|
Bogor: Seorang lelaki didakwa menghentak kepala isterinya dengan tong gas seberat tiga kilogram sehingga mati sebelum dia membunuh diri dengan terjun ke dalam perigi.
Kejadian itu berlaku di Bogor, Jawa Barat, baru-baru ini.
Menurut jurucakap polis Bogor, Siswo DC Tarigan, kes itu terbongkar selepas mayat suri rumah tersebut ditemukan dengan berlumuran darah di bahagian kepala oleh anaknya di rumah mereka.
 Foto: Kompas.com
Kata Siswo, ketika anak mangsa pulang ke rumah, dia mendapati suasana gelap dan pintu terkunci, maka dia memecahkan pintu dan mendapati ibunya terbaring dengan kecederaan parah di kepala dan bapanya tiada di rumah.
“Si anak kemudiannya membuat laporan polis dan selepas dua hari, penduduk setempat digemparkan dengan penemuan mayat lelaki yang dipercayai suami mangsa di dalam perigi di rumah mereka.
“Polis menemukan mayat suami mangsa ketika melakukan pemeriksaan di rumahnya.
“Pasukan kecemasan mengambil masa selama dua jam untuk mengeluarkan mayat lelaki itu dari perigi kerana ruangnya yang sempit,” kata Siswo kepada Kompas.com.
Jelas Siswo, hasil bedah siasat mendapati mangsa maut akibat dihentak dengan objek tumpul di bahagian kepala, manakala suaminya terkorban kerana lemas di dalam perigi.
“Polis menyimpulkan mangsa dibunuh oleh suaminya sebelum lelaki itu membunuh diri dengan terjun ke dalam perigi.
“Polis turut menemukan tong gas yang dipercayai digunakan oleh suaminya untuk membunuh mangsa, selain terdapat kesan darah padanya,” ujarnya.
Berdasarkan keterangan beberapa saksi, pasangan suami isteri itu sering bertengkar dan saling mengugut untuk bercerai.
Sehubungan itu, polis tidak menolak kemungkinan motif pembunuhan adalah disebabkan cemburu. -CARI
Sumber: Utusan Online |
|
|
|
|
|
|
|
“Si anak kemudiannya membuat laporan polis dan selepas dua hari, penduduk setempat digemparkan dengan penemuan mayat lelaki yang dipercayai suami mangsa di dalam perigi di rumah mereka.
“Polis menemukan mayat suami mangsa ketika melakukan pemeriksaan di rumahnya.
“Pasukan kecemasan mengambil masa selama dua jam untuk mengeluarkan mayat lelaki itu dari perigi kerana ruangnya yang sempit,” kata Siswo kepada Kompas.com. |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian ank dia...mesti trauma tgk jenazah ibu berdarah2...pastu ayah plak mati lemas.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tong gas indon kecik2. Senang hayun. |
|
|
|
|
|
|
| |
|