CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 704|Reply: 1

Terdesak Nak Bayar Bil Perubatan Bapa, Endang Hyder Terpaksa Jual Biola Kesayangan

[Copy link]
Post time 4-3-2022 11:33 AM | Show all posts |Read mode
Kasihnya seorang anak, apa sahaja sanggup dilakukan demi bapa tercinta.


Begitulah yang dilalui pemain biola profesional, Endang Hyder, 36, yang meluahkan hasrat menjual peralatan muzik demi menampung perbelanjaan perubatan bapanya.


Menerusi Twitter, pemilik nama Ell Zain Hyder Zainuddin itu memuat naik rakaman video sedang menggesek biola (online busking) dan meninggalkan nombor akaun bank miliknya sekiranya ada yang mahu memberi sumbangan.




Foto:




"Kongsikan (video) ini supaya saya dapat bantu bil perubatan Institut Jantung Negara (IJN) ayah," tulisnya.


"Jika ada reviu berbayar, kolaborasi atau apa sahaja kerja yang mahu ditawarkan, saya gembira untuk menerimanya.


"Anda juga boleh mengupah saya untuk membuat persembahan biola dalam apa jua acara," tambahnya lagi.


Dalam tweet berasingan, Endang berkata ia merupakan ikhtiar terakhir sebelum menjual biola miliknya.


  



"Saya mohon maaf kepada Datuk Adnan dan Datuk Syed yang sebelum ini membeli biola saya dan memberinya semula kepada saya.


"Saya melakukan ini untuk membantu ayah," ujarnya lagi.


Untuk rekod, Endang pada tahun 2020 pernah tular apabila dia terpaksa menjual biola demi membayar bil perubatan bapanya, Zainuddin Mohd Ottok, 72, yang kehilangan kedua-dua belah kaki akibat diabetis.


Endang yang juga ibu tunggal kepada tiga cahaya mata mula bermain biola sejak berusia 10 tahun.


Selain Twitter, Endang juga ada berkongsi video gesekan biola menerusi platform YouTube. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-3-2022 01:29 PM | Show all posts

Kasihnya seorang anak, apa sahaja sanggup dilakukan demi bapa tercinta.

Begitulah yang dilalui pemain biola profesional, Endang Hyder, 36, yang meluahkan hasrat menjual peralatan muzik demi menampung perbelanjaan perubatan bapanya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 09:13 PM GMT+8 , Processed in 0.575248 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list