Apabila Presiden Rusia Vladimir Putin melaungkan Uraa semasa perarakan tentera ia terus menjadi tular di media sosial, khususnya Tiktok.
 Kredit foto: The Economist
Rusia kini yang sedang berperang dengan Ukraine menimbulkan rasa ingin tahu apa erti teriakan Putin itu.
Hasil pencarian mendapati Uraa bermaksud Hore, iaitu teriakan untuk membangkitkan semangat bala tentera Rusia.
Dalam video pendek yang tular teriakan Uraa oleh Putin telah disambut ribuan anggota tentera Rusia menyebabkan tegak bulu roma melihatkan semangat tentera berkenaan.
Jangan pula disamakan ura atau ura-ura dalam bahasa Melayu kerana ia bermaksud bercadang.
Sumber: Suara Merdeka |