View: 1237|Reply: 16
|
Remaja Belasah, Rogol Adik Berusia 8 Tahun
[Copy link]
|
|
Remaja warga Singapura berusia 19 tahun dihadapkan ke mahkamah semalam atas dakwaan atas beberapa kes seksual dan mencederakan adik perempuannya.
Remaja tersebut yang kini menuntut di Institut Pendidikan Teknikal dipercayai melakukan kesalahan itu semasa berusia kira-kira 15 hingga 18 tahun iaitu dari tahun 2017 hingga 2020 manakala diknya ketika itu berusia antara lapan dan 11 tahun.
Berdasarkan dokumen mahkamah, kejadian didakwa berlaku di sebuah unit perumahan awam.
 Gambar hiasan
DIfahamkan, remaja berkenaan disabitkan dengan dua kesalahan atas dakwaan merogol adiknya, pencabulan seksual dan mecederakan mangsa dengan sengaja.
Dia didakwa melakukan pencabulan seksual dua kali pada 2017 dan mencuba untuk merogol mangsa pada bulan Februari di bilik tidur ketika adiknya itu berusia lapan tahun.
Pada Oktober 2017 pula, tertuduh dikatakan menumbuk muka adiknya sehingga menyebabkan mangsa mengalami lebam di bawah mata dan sakit badan.
Pada tahun berikutnya, dia mencederakan sekali lagi adiknya sehingga berdarah menggunakan kayu.
Dia juga dituduh merogol mangsa dua kali pada Januari 2020 tetapi tidak jelas bagaimana jenayahnya itu terbongkar.
Menurut laporan Today Online, mangsa kini berada di bawah jagaan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga kata seorang pendakwa polis kepada mahkamah.
Ibu bapa mereka juga berada di mahkamah dan bersetuju untuk menyelamatkan anak lelakinya.
Malah Hakim Daerah Terence Tay menetapkan jaminan sebanyak SD50,000 dan menangguhkan kes kepada 23 Mac ini.
Dalam pada itu, individu yang disabitkan kesalahan merogol atau pencabulan seksual bawah umur 14 tahun boleh dipenjara sekurang-kurangnya lapan tahun dan sehingga 20 tahun dan dikenakan sekurang-kurangnya 12 sebatan.
Manakala percubaan merogol boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun berserta sebatan.
Akhirnya, mereka yang didakwa sengaja mencederakkan seseorang boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda sehingga S$5,000 atau dihukum dengan kedua-duanya.
Sumber: MalaysiaGazette |
|
|
|
|
|
|
|
"Ibu bapa mereka juga berada di mahkamah dan bersetuju untuk menyelamatkan anak lelakinya"
apakah? apakah? apakah? |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan nk normalised. Tp rata2 pn mmg mcm ni kn? Pak mkn ank pn mak sorok,pejam mata wat tatau selagi xtkantoi ngn pihak bkuasa. Inikn pulak abg mkn adik. Antara ank lelaki & ppuan makpak mana2 pn akn bekap ank lelaki. Tgk family kuat Kristian mcm the duggars tuh, ank jantan cabul ppuan smpai 4-5 org & 3 of them adik ppuan sendri gigih sorok kambus & xmau repot polis. |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian mangsa dapat mak pak gini
Tak tahu macam mana mak pak boleh diamkan kes nie sehingga terbongkar |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya budak tu. Dah la kena rogol, lepas tu family pertahankan perogolnya pulak. Esok lusa anak tu buat perangai taik jangan sibuk nak cari anak perempuan tu balik |
|
|
|
|
|
|
|
Mak pak setan tak guna..bencilah dgr citer camni |
|
|
|
|
|
|
|
Apalah nak jadi dengan dunia zaman ini |
|
|
|
|
|
|
|
Astagafirullah..kesian kat adik perempuan tu |
|
|
|
|
|
|
|
Ni satu lagi contoh perangai mak bapak jahanam. Sama cam acik yg bela sgt anak dituduh mencuri tu |
|
|
|
|
|
|
|
apa bodoh punya mak paknya.. bukan anak perempuan ko yang nak ko selamatkan anak jantan tak guna tu yang ko nak selamatkan.. tak guna betul |
|
|
|
|
|
|
|
Baru2 ni iols ada dpt tau ada someone ni ahli keluarga dia cabul budak..
Polis tak bagi jaminan kan..
Dok.lokap sampai bicara..
Nak.ikat.jamin..kena bawak loyar..
Iols.terpikir..kalau orang kaya sure dah bawak loyar dalam.sekian2 masa...
|
|
|
|
|
|
|
|
Mostly anak jantan juga dimenang2kan..anak perempuan tetap disalahkan no matter what..dunia ni penuh dgn manusia yg tak adil..sebab tu ada neraka utk disiksa sampai mereput org2 sebegini |
|
|
|
|
|
|
|
ini bukan manusia  |
|
|
|
|
|
|
|
tgk la ape jadi dgn mak mendiang Anita Mui. Jahat dgn anak2 perempuan. satu demi satu meninggal. tinggal anak lelaki toksik menyusahkan kau. kah kah kah |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa nak menangkan anak jantan setan tu? Nasib anak perempuan macam mn? Teruk betul mentaliti parents yg bela anak jantan wpun terang2 salah. Suatu hari nanti anak jantan yg disanjung itu yg menyusahkan parents! Mana dia nk menyesal |
|
|
|
|
|
|
|
Bawaean ker? Duduk rumah L? |
|
|
|
|
|
|
|
anak jantan jugak dimenangkan..padahal bila dah tua esok...anak popuan jugak yang bela kau. |
|
|
|
|
|
|
| |
|