View: 4068|Reply: 49
|
"Berhenti Kecam Kak Long" - Wakil 7E Buka Mulut Kisah Sebenar
[Copy link]
|
|
Selepas wanita dikenali sebagai Kak Long meminta maaf ekoran 'mengamuk' di sebuah outlet 7 Eleven baru-baru ini, wakil kedai serbaguna itu pula tampil meminta orang ramai berhenti mengecam wanita berkenaan.
Menerusi satu perkongsian video, wakil tersebut berkata, kejadian yang berlaku pada malam Rabu lalu hanyalah salah faham antara stafnya dengan pelanggan.
 Kredit foto: TikTok
"Di sini saya merayu kepada semua agar tidak mengecam ibu kepada adik ini.
"Ibu kepada adik ini dan pekerja kami telah bertemu dan saling bermaafan, juga telah mengakui kesilapan serta salah faham ini," ujarnya menerusi video dikongsikan di TikTok.
Dalam pada itu, wakil tersebut turut menjelaskan perkara sebenar yang terjadi sekaligus meleraikan persoalan yang timbul ekoran tularnya video berkenaan.
"Adik ini datang ke 7 Eleven bersama tiga rakannya dan rakannya telah memaklumkan kepada pekerja saya bahawa adik ini mencuri. Jadi pekerja saya telah bertanya kepada adik ini.
"Adik ini telah berasa takut dan menangis lantas dia berlari keluar mendapatkan ibunya.
"Dalam pada itu, kami telah membuat semakan melalui kamera litar tertutup (CCTV) dan mendapati adik ini tidak mencuri dan tidak ada barang yang hilang," jelasnya lagi.
Terdahulu, kecoh di media sosial susulan tersebarnya video memaparkan seorang wanita mengamuk di kedai serbaneka, 7-Eleven gara-gara tidak berpuas hati anak lelakinya dituduh mencuri.
Video tersebut tular selepas wanita berkenaan membuat siaran langsung (live) di akaun TikTok miliknya semasa kejadian berlaku pada malam Rabu (2 Mac).
Namun, kurang daripada 24 jam selepas 'amukan' berkenaan, wanita itu tampil membuat permohonan maaf kepada staf yang terlibat dan sekali lagi menyiarkan pertemuannya menerusi siaran langsung (live) di Facebook.
Sementara itu menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa lega kerana insiden berkenaan diselesaikan dengan baik.
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
Harap ko ajaranak ko elok elok acik...dia pun sama naik jerit2 kat 7e lps tgk ko terjerit2 mcm ponti... |
|
|
|
|
|
|
|
ank ko kakkkkk... pn kemain knnn.. perangaaaiiiiii sgt!!! tu ciri2 dimanjakn |
|
|
|
|
|
|
|
Orang bukan kisah sgt kau nak back up anak kau. Tapi bahasa tu, woww sgt.
Tahu la penat. Ingat orang lain keja ni tak penat.
Dah penat, kau nak lepaskan, kau hentam marah org macam tu sekali.
Kan dah malu satu malaysia |
|
|
|
|
|
|
|
bakal mak mentua dan bakal suami siapakah ini nanti   |
|
|
|
|
|
|
|
tiga rakannya dan rakannya telah memaklumkan kepada pekerja saya bahawa adik ini mencuri. Jadi pekerja saya telah bertanya kepada adik ini.
akak long, pergi serang mak bapak kawan anak2 ko...
diorang la punca..
sikit2 video viral , kani na bo cau ji bai punya perangai |
|
|
|
|
|
|
|
Nangis sampai keluar air mucus pun dah terlambat. Sskjp mmg camni time meroyan tak ingat doniya, tapi bile dah tersedar tu dia cakap lah maaf bahasa akak tadi, akak belum make tadi, biaso lo |
|
|
|
|
|
|
|
mmg geram je tengok anak dia pun sibuk nak mengamuk..eh memang perangai ..boleh nampak la perangi tu menurun dari siapa.. |
|
|
|
|
|
|
|
netizan kecam bukan pasal kes curi tapi tindakan ibu itu dan perangai budak tu...mcm tak ada sivik |
|
|
|
|
|
|
|
Benda boleh mengamuk buat apa nak bincang..
Rakam -> viral itulah kerja dia daripada selesai masalah secara kompromi.. hurrrmmmm |
|
|
|
|
|
|
|
dah terlambat kak..yg ko gi rakam tepekik telolong mcm org x siuman utk satu dunia tgk sape suruh |
|
|
|
|
|
|
|
Bangga ke rakam perangai jijik kau tu.
Pelik manusia skrg ni.rakam benda yg bkn2.pastu viral kan
Last2 malu sendri.
Kehidupan korg mmg sedih ke dekkk sampaikan nak perhatian sebegitu dr netizen |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau tak salah pun xyh la nk bela sampai cmtu. Siap anak babun dia ngamuk sepahkan barang 7e. Teruk teruk |
|
|
|
|
|
|
|
macam mana acuannya begitulah kuihnya.. sayang anak pun berpada - padalah.. lepas sendiri bodoh gi viralkan tunjukkan dunia perangai terjerit terlolong.. dalam video tu pun nampak perangai anak ko tak semenggah tendak barang, baling barang.. memang perangai dua beranak ni terpaling |
|
|
|
|
|
|
|
yg aku geram budak tu tendang2. dah tu budak tu maki babi setan kat pekerja tu. kat situ nampak mak pak dia mcmne.. |
|
|
|
|
|
|
|
sila ajar anak tuuuuu.. aku tgk pn sakit hati
kemain protesnya tendang brg campak brg.. eeeee mmg dasar tak diajar tuuu |
|
|
|
|
|
|
|
buapakperut replied at 4-3-2022 09:12 AM
Nangis sampai keluar air mucus pun dah terlambat. Sskjp mmg camni time meroyan tak ingat doniya, tap ...
bukan sskjp, terengganu sis oii... |
|
|
|
|
|
|
|
nak viral sgt hahh elok dapat viral benda tak elok. mls nak kecam tp tu laa kurang ajar je tgk budak tu |
|
|
|
|
|
|
|
Pkl 7ptg masih budak2 menerawang kat luar rumah, 7E bagai? Ingat singgah 7E otw balik sekolah ke
Failed at all level. |
|
|
|
|
|
|
| |
|