CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 388|Reply: 0

[Sabah] Siasat siapa biaya kos guaman waris Sultan Sulu

[Copy link]
Post time 4-3-2022 08:26 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 4-3-2022 12:28 AM


Kota Kinabalu: Kerajaan diminta menyiasat siapa membayar kos guaman untuk waris Sultan Sulu yang membuat tuntutan di mahkamah timbang tara antarabangsa sehingga berjaya mendapat anugerah bernilai RM62.5 bilion.

Bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Yong Teck Lee mendakwa keluarga Kiram yang juga waris Sultan Sulu tidak mempunyai sumber kewangan untuk melaksanakan usaha undang-undang antarabangsa seperti itu yang kosnya menelan belanja berjuta ringgit.

“Siapakah yang membayar yuran guaman dan kos kes timbang tara yang dilakukan kepada Sepanyol dan Perancis?.

“Seperti yang diketahui oleh setiap peguam, yuran dan kos guaman di Eropah boleh menelan belanja berjuta-juta ringgit.

“Siapa yang membayar yuran dan kos itu?. Keluarga Kiram tidak mempunyai sumber kewangan untuk melaksanakan usaha undang-undang antarabangsa sedemikian.

“Oleh itu, saya menggesa kerajaan Malaysia untuk menyiasat siapa yang membayar bil pihak yang menuntut.

“Apabila kita mengetahui identiti pembayar yuran dan kos guaman, kita akan mempunyai identiti pesalah yang mendorong keturunan Kiram yang miskin untuk meneruskan tuntutan Sabah mereka,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Teck Lee yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Dilantik berkata, pada Jun 2020, beliau pernah bertanya secara terbuka kepada bekas Menteri Undang-Undang Persekutuan dan Ketua Menteri Sabah ketika itu mengenai kes di Madrid, Sepanyol tetapi tiada maklum balas.

“Saya menggesa kedua-dua kerajaan persekutuan dan Sabah untuk bersungguh-sungguh dan serius melaksanakan kempen yang konsisten dan terancang bagi menentang implikasi politik dan keselamatan daripada tuntutan Filipina atau Sulu ke atas Sabah termasuk yang terbaru dipanggil anugerah RM62.5 bilion,” katanya.

Mengulas mengenai anugerah atau Final Award RM62.5 bilion diberikan penimbang tara Sepanyol Gonzalo Stampa, Teck Lee berkata, ia tidak diperlukan dalam undang-undang dan tidak akan sampai ke mana-mana.

“Penganugerahan itu yang kononnya dalam keputusan timbang tara selepas urusan berat sebelah di negara asing tidak mempunyai asas dan tidak akan mempunyai kesan undang-undang sama seperti perbicaraan tribunal berat sebelah yang dibawa oleh kerajaan Filipina terhadap China berhubung isu Laut China Selatan,” katanya.

Presiden Parti Maju Sabah itu berkata, apa yang membimbangkan berita mengenai penganugerahan RM62.5 bilion itu akan mendorong beberapa elemen keturunan Kesultanan Kiram yang sudah tidak berfungsi untuk mencetuskan gangguan di Sabah.

Katanya, pendatang asing tanpa izin dari Filipina juga akan merasakan mereka sah untuk kekal di Sabah, justeru menyukarkan pihak berkuasa Malaysia menghantar mereka pulang.

Pada masa sama, beliau mendakwa tarikan wang RM62.5 bilion itu akan memburukkan lagi konflik dalam kalangan lebih daripada 50 penuntut Sultan Sulu yang mendakwa sebagai waris keluarga Kiram.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:54 PM GMT+8 , Processed in 0.058132 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list