CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 548|Reply: 2

Sekolah Menengah Adakan Ujian Praktikal Perkahwinan Untuk Pelajar

[Copy link]
Post time 4-3-2022 08:06 AM | Show all posts |Read mode
Tular video memaparkan sebuah sekolah menengah di Indonesia mengadakan ujian praktikal perkahwinan menyerupai majlis resepsi sebenar.


Lapor Tribunnews, segala persiapan dari pelamin hingga ke dekorasi dilakukan untuk kelihatan seperti majlis perkahwinan sebenar.


Video ujian perkahwinan itu pada mulanya dikongsi akaun pengguna TikTok, rmtii.




Kredit foto: TikTok




Dalam video tersebut, pelajar kelihatan mengenakan solekan dan busana pengantin yang sedondon.


Video itu juga memaparkan aksi dua pelajar yang berlakon sebagai pasangan pengantin.


Dilaporkan, ujian perkahwinan seperti majlis sebenar itu diadakan di sekolah menengah negeri 4, Tuban di Jawa Timur.


Sementara itu, seorang pelajar bernama Ika Rachmawati berkata, praktikal perkahwinan itu merupakan satu daripada ujian dalam subjek bahasa Jawa.







Katanya, ujian itu bertujuan memberi pendedahan mengenai proses perkahwinan adat Jawa kepada para pelajar.


“Kita diminta praktik perkahwinan itu agar mengetahui adat perkahwinan penduduk Jawa.”


“Dari ketibaan pengantin sehingga selesai semua proses perkahwinan itu,” katanya.




Sumber: Utusan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2022 08:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Kursus perkahwinan kah ni?
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2022 08:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Ingatkn praktikal ehen ehem
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 08:27 PM GMT+8 , Processed in 0.042496 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list