CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 311|Reply: 0

[Sabah] Dua pendaki wanita alami AMS, kejang otot melampau di Gunung Kinabalu

[Copy link]
Post time 4-3-2022 07:26 AM | Show all posts |Read mode
RANAU: Dua pendaki wanita diselamatkan Pasukan Bantuan Mencari dan Menyelamat Gunung (MOSAR) selepas loya ketinggian atau akut gunung (AMS), muntah serta mengalami kekejangan otot melampau dalam dua kejadian berasingan di sini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau Ridhwan Taib berkata kedua-dua kejadian berlaku semasa mangsa dalam perjalanan menuruni Gunung Kinabalu.

“Kejadian pertama membabitkan seorang wanita yang mengalami AMS serta muntah-muntah di Layang-Layang Gunung Kinabalu pada jam 9.54 pagi.

“MOSAR dan renjer Taman-Taman Sabah kemudiannya bergegas memberikan rawatan awal dengan menyalurkan bekalan oksigen kepada mangsa.

“Mangsa dibawa turun ke Timpohon Gate menggunakan pengusung dan dihantar ke hospital menaiki jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) untuk mendapatkan rawatan selanjutnya,” katanya sambil menambah operasi keseluruhan ditamatkan jam 2.25 petang.

Ridhwan berkata kejadian kedua berlaku pada jam 2.50 petang membabitkan mangsa wanita yang mengalami kekejangan otot melampau di bahagian kaki kiri.

Katanya mangsa turut diusung turun ke Timpohon Gate bagaimanapun enggan dihantar ke hospital dan mengambil keputusan mengikuti rombongannya ke Taman Kinabalu.


BANTUAN: Mangsa pertama dibawa turun ke Timpohon Gate menggunakan pengusung.


utusanborneo.com.my/2022/03/03
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 08:54 PM GMT+8 , Processed in 0.350839 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list