CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 327|Reply: 0

[Sabah] Penerbangan Firefly jadi pilihan menjelang musim perayaan

[Copy link]
Post time 3-3-2022 11:35 PM | Show all posts |Read mode


LANCAR: Philip (empat kanan) dan kakitangan Firefly selepas mengadakan sesi bersama media.

KOTA KINABALU: Pembukaan semula operasi penerbangan Firefly bagi laluan pergi balik Pulau Pinang-Kota Kinabalu bermula 11 April depan, bakal menjadi pilihan menarik kepada lebih ramai penumpang khususnya menjelang musim perayaan.

Ketua Pegawai Operasi Firefly Philip See berkata, pihaknya sedar apabila tiba musim perayaan, harga tiket penerbangan akan lebih mahal berikutan permintaan yang tinggi.

Justeru katanya, Firefly akan menyediakan tawaran menarik sebagai pilihan kepada orang ramai untuk membeli tiket pada kadar harga serendah RM69 dengan perkhidmatan pesawat Boeing 737-800 yang berkapasiti sebanyak 189 kerusi penumpang.

Menurutnya, pelanggan yang mahu membeli tiket perlu tahu strategi terbaik bagi mengelak pembelian harga tiket yang lebih mahal.

Beliau memberikan contoh sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini yang bersambung selepas cuti umum Hari Pekerja dan dijangka lebih ramai pelanggan membuat tempahan tiket penerbangan untuk pulang ke kampung.

"Sebaiknya pelanggan disarankan membuat tempahan tiket lebih awal sebelum tiba waktu kemuncak yang melibatkan permintaan lebih tinggi dan menyebabkan harga tiket lebih mahal.

"Itulah sebabnya Firefly melancarkan semula laluan pergi balik Pulau Pinang-Kota Kinabalu sebelum musim perayaan sebagai persediaan untuk menerima lebih banyak tempahan pada waktu kemuncak," katanya.

Philip berkata demikian ketika mengadakan sesi pertemuan bersama media sempena pelancaran semula operasi syarikat itu di sini hari ini.

Katanya, bermula 11 April depan, jadual penerbangan bagi laluan pergi balik Pulau Pinang-Kota Kinabalu hanya sekali sehari dan jumlah penerbangan akan ditambah sebanyak dua kali sehari bermula 25 April 2022.

Menurutnya, selain Kota Kinabalu, Firefly turut melancarkan penerbangan bagi laluan pergi balik ke Kuching dan Johor Bahru dari Pulau Pinang.

"Sabah antara destinasi paling popular di antara tiga laluan berkenaan memandangkan negeri ini memiliki tarikan pelancongan yang amat menarik terutama kepada warga Pulau Pinang.

"Justeru, kami mahu pembukaan laluan penerbangan ini akan memperluaskan lagi jumlah penerbangan Firefly sekali gus menghasilkan lebih banyak destinasi laluan pada masa akan datang," jelasnya.

Dalam pada itu pihaknya begitu teruja untuk meneruskan operasi penerbangan laluan berkenaan dengan tawaran konsep perkhidmatan nilai berbeza.

Katanya, para pelanggan disediakan dengan tawaran fleksibel serta kemudahan untuk menambah keistimewaan lain seperti pemilihan tempat duduk, perlindungan insurans, hidangan panas dalam penerbangan, selain peluang untuk mengakru dan menebus mata Enrich.

Menurutnya, sebagai sebahagian daripada syarikat di bawah Malaysia Aviation Group (MAG), rangkaian kukuh Firefly bersama syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) dan MASwings akan menyediakan pengalaman perjalanan yang lancar kepada para pelanggannya.

Di samping itu jelasnya, syarikat berkenaan juga dapat mempelbagaikan pangkalannya yang menghubungkan Semenanjung ke kawasan Malaysia timur, Thailand, Indonesia, dan Singapura.


utusanborneo.com.my/2022/03/03
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:36 AM GMT+8 , Processed in 0.053160 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list