CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 288|Reply: 0

[Sabah] Covid-19 03/03/2022

[Copy link]
Post time 3-3-2022 11:22 PM | Show all posts |Read mode

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Covid-19 Negeri Sabah

Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 2,717 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 346,665 kes. Sebanyak tujuh (7) kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu dua (2) kes di Kota Belud dan Tenom manakala masing-masing satu (1) kes di Kota Kinabalu, Kinabatangan dan Sipitang. Bilangan kematian ini tidak semestinya berlaku dalam tempoh 24 jam ini. Ada kes kematian yang mengambil masa untuk verifikasi dan dilaporkan kemudian daripada tarikh sebenar. Takziah diucapkan kepada keluarga yang terlibat.

Bilangan pesakit COVID-19 sembuh ialah 3,985 (termasuk yang discaj dari hospital/PKRC) menjadikan jumlah kumulatif 301,911 orang. Manakala 1,543 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 990 orang di hospital, 535 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam, 15 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / penjara dan tiga (3) orang di fasiliti swasta. Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 63 orang merangkumi 54 di ICU/repurposed kritikal care serta sembilan (9) di open ward (HDW/kubikel akut) dan 20 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated)

Kedudukan Kes Positif COVID-19

a. Sabah mencatatkan peningkatan sebanyak 481 kes berbanding semalam, menjadikan angka jangkitan baharu Negeri Sabah berjumlah 2,717 kes.

b. Kota Kinabalu kembali mencatatkan kes empat (4) angka iaitu 1,350 kes pada hari ini. Angka ini adalah 49.68% atau hampir separuh daripada jumlah keseluruhan kes baharu negeri Sabah. Bagaimanapun sebahagian besar daripada jumlah kes di Kota Kinabalu merupakan kes-kes tertunggak (backlogs) yang baru didaftarkan. Sebagai misalan, 556 kes yang dicatatkan di Kota Kinabalu pada hari ini adalah kes-kes tertunggak melebihi 9 hari. Apa yang lebih membimbangkan ialah hampir 84% kes baharu di Kota Kinabalu merupakan kes kes jangkitan sporadik dalam komuniti.

c. Jangkitan sporadik semakin meninggi, yaitu 71.18% daripada jumlah jangkitan. Peratusan kes bergejala melalui jangkitan sporadik hari ini adalah yang tertinggi yang pernah direkodkan di Negeri Sabah. Sebanyak 23 daripada 27 daerah juga memperlihat trend yang sama, di mana kes sporadik adalah kes terbanyak di daerah-daerah berkenaan. Atas sebab inilah kita selalu menyeru rakyat agar mematuhi semua SOP sepanjang masa sebagai benteng perlindungan daripada ancaman jangkitan virus COVID-19.

d. Lima (5) daerah mencatatkan kes tiga (3) angka iaitu Penampang 184 kes, Tuaran 131 kes, Papar 120 kes, Keningau 113 kes dan Beaufort 108 kes. 18 daerah lagi mencatatkan kes dua (2) angka dan tiga (3) daerah iaitu Semporna, Kalabakan dan Telupid masing-masing mencatatkan kes satu (1) angka.

e. Sebanyak 2,690 atau 99.00% daripada 2,717 kes-kes baharu hari ini adalah dalam Kategori 1 dan 2, empat (4) kes dalam Kategori 3, 17 kes dalam Kategori 4 dan enam (6) kes dalam Kategori 5.

f. Setakat ini, PICKids Sabah telah berjaya melaksanakan pemberian vaksin kepada 53,371 kanak-kanak daripada 411,400 kanak-kanak berumur antara 5- 11 tahun yang layak divaksin. Sebanyak 333 kes hari ini melibatkan kanak-kanak bawah umur 11 tahun yang belum divaksin, dengan 172 daripadanya merupakan kanak-kanak yang belum layak mendapat vaksin (bawah umur 5 tahun)

Tiada kluster baharu direkodkan hari ini.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:05 PM GMT+8 , Processed in 0.449013 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list