CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2885|Reply: 27

Ingatkan Dah Keluar Dari Bilik Air, Anak Lemas Dalam Tong Air Ketika Dimandikan Bapa

[Copy link]
Post time 3-3-2022 04:27 PM | Show all posts |Read mode
Dalam rumahtangga, anak merupakan insan yang melengkapi kehidupan pasangan suami isteri.


Begitulah juga dengan pasangan ini yang gembira dengan kehadiran cahaya mata sulung, Alina Dalia yang dilahirkan pada 9 November 2019 sekali gus menyerikan kehidupan mereka sebagai sebuah keluarga.


Bagaimanapun, ibunya, Nurul Nadiah Ali, 28, berkata Alina Dalia meninggal dunia pada 15 April 2021 akibat lemas setelah terjatuh dalam sebuah tong berisi air ketika sedang dimandikan oleh bapanya, Saiful Amirullah, 28 dalam kejadian di rumah mereka di Sungai Buloh, Selangor.




Foto: mStar




Ketika dihubungi mStar, wanita yang senang disapa Nadya itu menceritakan secara terperinci bagaimana 'tragedi' itu berlaku yang disifatkan sebagai hari paling sedih dan sejarah hitam dalam hidupnya.


“Kami berdua kerja jadi Alina duduk dekat rumah pengasuh sampai petang. Setiap pagi saya akan hantar, suami akan ambil dekat rumah pengasuh sebelah petang.


“Saya balik kerja lambat jadi suami siapkan Alina dengan mandikan dia sebab masa tu saya mengandung jadi memang suami banyak uruskan hal anak. Setiap kali balik kerja memang dia dah siapkan anak makan dan mandi semua. Sampai anak pun dah terlebih manja dengan dia berbanding saya," katanya.


Menurut Nadya, sudah menjadi kebiasaan Alina akan berkepit dengan bapanya yang dipanggil babah setiap hari selepas pulang dari kerja.




Foto: mStar









"Ke mana babah pergi mesti dia ikut. Dia takkan tinggal seorang. Tapi hari tu suami ingatkan dia ikut keluar sekali dari bilik air masa dia nak buang diapers. Tapi pelik dia tak ikut.


"Rupanya dia masuk je tengok Alina dah tertonggeng dalam tong air yang merupakan tong sampah kami berukuran paras lutut ini. Tak sampai lima minit pun kejadian tu, terlalu pantas,” jelas Nadya yang ketika itu hanya menunggu masa melahirkan anak kedua.


Jelasnya, semasa mendapat tahu mengenai kejadian menimpa Alina, dia sedang dalam perjalanan pulang dari tempat kerja.


Tambah Nadya yang dahulunya bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat di Sungai Buloh, Alina yang pada masa itu berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dibawa ke klinik dan kemudian digegaskan ke hospital.


Bagaimanapun menurut Nadya, si comel itu tidak dapat diselamatkan apabila disahkan meninggal dunia oleh doktor.




Foto: mStar







“Saya dalam perjalanan balik kerja masa dapat tahu anak jatuh tu. Masa saya sampai tu anak dekat klinik dah tengah tunggu ambulans. Alina dah tak sedarkan diri. Masa di hospital lebih setengah jam doktor cuba selamatkan dia tapi dah tak ada harapan. Alina memang dah tak boleh diselamatkan.


“Saya sangat sedih bila dapat tahu berita tu daripada doktor. Alina puteri sulung saya. Anak pertama yang saya curahkan kasih sayang seorang ibu. Setahun empat bulan saja Allah pinjamkan dia untuk saya,” ujarnya sambil menambah dia selamat melahirkan anak kedua selepas dua minggu pemergian Alina.


Menurut wanita yang sudah mendirikan rumah tangga lebih empat tahun itu, dia dan suami mengalami trauma selepas kejadian itu namun kini reda dengan takdir dan ketentuan Ilahi.


Malah katanya, dia tidak menunding jari terhadap suaminya tetapi berterima kasih atas jasa baiknya yang banyak memudahkan urusan mereka sekeluarga selama ini.




  



“Saya terima takdir Allah dan tak salahkan sesiapa. Memang susah untuk saya terima mulanya tapi Alhamdulillah dikelilingi keluarga yang memahami dan sentiasa support bagi kata-kata positif dekat saya.


“Suami pun pada mulanya memang banyak menangis mengenangkan apa yang terjadi. Dia yang paling teruk sekali alami trauma. Dia banyak kali juga minta maaf dekat saya sebab dia cakap dia yang bersalah,” ujarnya.


Imbas Nadya, dia tetap bersyukur kepada Ilahi kerana meminjamkan Alina walaupun sekejap saja serta berpeluang mencurahkan kasih sayang.


Ujarnya, Alina merupakan anak yang sangat ceria dan banyak keletah jadi selama tempoh setahun empat bulan, banyak kenangan dan memori telah tercipta.


“Alina baru nak pandai bercakap masa tu. Dia ni seorang yang ceria dan banyak keletah. Masa meninggal pun dia tak ada sakit apa. Sihat saja tubuh badan.


“Cuma ada satu video beberapa minggu sebelum dia meninggal tu, Alina ada tunjuk gambar saya dan suami dekat kucing tapi kucing tu buat tak tahu saja.


“Tapi sampai sekarang kucing tu masih ada dekat rumah ni walaupun Alina dah tak ada. Dia memang selalu tidur dekat tempat Alina main sampaikan kami bagi gelaran ‘kucing Alina’ dekat dia,” tambah Nadya.




Foto: mStar







Kata Nadya, dia sekadar mahu berkongsi cerita mengenai pemergian anaknya untuk membuka mata masyarakat di luar sana mengenai kejadian-kejadian sebegini.


Jelasnya, penting untuk ibu bapa mahupun sesiapa sahaja melengkapkan diri dengan ilmu berkaitan agar kita sentiasa bersedia dengan kemungkinan buruk yang boleh berlaku. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2022 06:03 PM | Show all posts
Kes lebih kurang sama terus berulang saban tahun
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2022 07:22 PM | Show all posts
takziah.. aku sensitif betul kalau bab budak kecik ni
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2022 07:24 PM | Show all posts
Tukar nyawa orang2 tua cakap
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2022 08:13 PM From the mobile phone | Show all posts
hashashes replied at 3-3-2022 07:24 PM
Tukar nyawa orang2 tua cakap

Macam kes astronaut kita tu sebelum nak cecah bumi
Adik dia tersadung depan kedai makan dan meninggal

Kedai makan tu area rumah macik
Semua tak percaya semudah itu dia meninggal

Orang cakap ganti nyawa dengan abangnya
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2022 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau lemas mcm tu bole buat cpr?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-3-2022 09:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam kes terjerut buaian minggu lepas umur 13 bulan. Perempuan. Tapi tu kat rumah pengasuh.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2022 09:12 PM From the mobile phone | Show all posts
she replied at 3-3-2022 08:13 PM
Macam kes astronaut kita tu sebelum nak cecah bumi
Adik dia tersadung depan kedai makan dan mening ...

Lepas tu berebut cucu dgn menantu.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2022 10:56 PM | Show all posts
naina replied at 3-3-2022 09:09 PM
Macam kes terjerut buaian minggu lepas umur 13 bulan. Perempuan. Tapi tu kat rumah pengasuh.

Mcm dlu plak ada kes mak trtinggal baby kat backseat, ktanya busy & pastu bru tringat ada baby kat dlm kreta, gi bukak kreta, dh "takde" dh baby tu & dri apa yg iol bca, mnjerit mak dia. Bgi iol kes cmni ttap slah c pnjga or mak bapak sbb budak2 kcil buknnya tahu apa2 pun.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2022 11:03 PM | Show all posts
Takutnya baca....
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2022 02:42 AM | Show all posts
naina: Macam kes terjerut buaian minggu lepas umur 13 bulan. Perempuan. Tapi tu kat rumah pengasuh.

kalau u tengok drama istana firdaus lakonan fasha sandha seramm
dalam cerita tu baby tersedak susu.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2022 02:44 AM | Show all posts

i ni dah la ada anxiety dissorder.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2022 02:53 AM From the mobile phone | Show all posts
gigahertz replied at 4-3-2022 02:42 AM
kalau u tengok drama istana firdaus lakonan fasha sandha seramm
dalam cerita tu baby tersedak susu. ...

Haa drama ni saya ada tgk, smpai nangis jugak la sebab naluri ibu kan.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2022 10:22 AM | Show all posts
sedihnya baca cerita macam ni. huhuuuu
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2022 11:05 AM | Show all posts
she replied at 3-3-2022 08:13 PM
Macam kes astronaut kita tu sebelum nak cecah bumi
Adik dia tersadung depan kedai makan dan mening ...

mak i pun cakap the same thing pasal adik astronaut ni...konsep tukar nyawa ni camne sebenarnya...si budak kecik ni kasi nyawa kat orang lain?
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2022 11:08 AM | Show all posts
sebab tu tak digalakkan ada swimming pool dan bath tub di rumah kalau ada anak kecil...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2022 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Takziah.. nak kecam parents dia pun tak mampu.. siapa nak kehilangan anak. Cuai mmg cuai tapi tu lah, meolls pun ada anak kecil. Moga anak2 kita semua sentiasa dilindungi..
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2022 11:49 AM | Show all posts
Kita yg baca ni amik iktibar & jadikan pedoman. Cuba apa yg iolls tengok, kejadian yg berlaku ni bukan yg ibu bapa yg minta. Benda mmg tuhan dah atur, jadi ujian utk ibu bapa tu sendiri & ujian utk kita yg melihat.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2022 12:36 PM | Show all posts
Innalillahi wainna ilaihi rojiun.
Ambil ikhtibar bagi yang ada anak2 kecil.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2022 01:11 PM | Show all posts
takziah..
sbb tu aku pantang klu ada baldi, isi air + anak kecil tgh ligat cmni..

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 08:21 PM GMT+8 , Processed in 0.082281 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list