View: 3147|Reply: 20
|
Tangmo Ambil Insurans Kemalangan 10 Bulan Lepas Bernilai RM130,000, Namakan Anak Pengurus Sebagai Waris
[Copy link]
|
|
Kes kematian aktres Tangmo Nida nampaknya masih menjadi misteri dan hangat diperkatakan dalam kalangan netizen.
Pelbagai persoalan berlegar-legar dalam fikiran tentang apa sebenarnya yang berlaku antara mereka sehingga menyebabkan kemalangan maut aktres terkenal itu.
Tak kurang juga teori dan spekulasi mula muncul yang mengesyaki kemalangan itu dirancang oleh pihak tertentu.
Terbaharu, aktres Anna TV Pool mendedahkan Tangmo Nida baru sahaja mengambil insurans perlindungan kematiannya 10 bulan lalu.
 Foto: Tnews
Dakwa Anna, Tangmo menamakan anak angkatnya, Easter sebagai penerima faedah.
Easter merupakan anak kepada pengurusnya Kratik yang tinggal di rumah Tangmo.
Perlindungan insurans kemalangan itu bernilai 1 juta Bath iaitu kira-kira RM130,000.
Dalam perkembangan lain, kesemua lima individu dalam bot lagu bersama pelakon Tangmo Nida mungkin berdepan dakwaan kecuaian yang membawa kematian dan kenyataan palsu kepada polis.
Lima rakannya iaitu Idsarin "Gatick" Juthasuksawat, pengurus Tangmo; Wisapat “Sand” Manomairat; Nitas "Job" Kiratisoothisathorn; Tanupat " or" Lerttaweewit, pemilik bot; dan Phaiboon "Robert" Trikanjananun.
Dua daripadanya iaitu Tanupat dan Phaiboon telah pun didakwa kerana mengendalikan kapal tanpa lesen dan kecuaian yang membawa kepada kematian.
Bukti baharu muncul apabila Bahagian Penindasan Jenayah Teknologi (TCSD) mengesan telefon Tanupat dan mendapati dia telah mengaku kepada salah seorang daripada beberapa orang yang dirujuk melalui telefon bahawa Phaiboon memandu bot itu ketika Nida terjatuh.
Disebabkan kekurangan pengalaman dalam menggerakkan bot, Phaiboon dilaporkan hilang kawalan dan mendorong Nida yang berada di belakang bot memegang Wisapat kerana bimbang terjatuh.
Takut diseret ke dalam sungai, Wisapat mendakwa dia mengalihkan kaki sehingga menyebabkan Nida terjatuh ke sungai dan mengakibatkan paha kanan aktres itu terkena kipas bot, kata sumber.
Polis akan memanggil kelima-limanya untuk pertuduhan kecuaian yang membawa kepada kematian dan memberikan kenyataan palsu kepada penyiasat, kata sumber itu.
Satu lagi sumber yang merupakan anggota pasukan Polis Wilayah 1, berkata Nitas telah memberikan kenyataan bercanggah tentang cara bot itu dikendalikan pada malam kejadian berlaku.
Dia satu-satunya saksi yang memberitahu penyiasat bahawa bot itu tersentak secara tiba-tiba, menyebabkan Nida terjatuh ke dalam sungai, kata sumber.
Phaiboon gagal menghadiri lakonan semula polis mengenai kejadian malam Khamis, menggunakan bot laju model yang sama. Dia mendakwa mengalami tekanan darah tinggi, kata sumber itu.
Mayat Tangmo, 37, ditemui pada Sabtu selepas tiga hari dilaporkan terjatuh dari sebuah bot di Sungai Chao Phraya. - CARI
Sumber: mStar/ Bangkok Post |
|
|
|
|
|
|
|
Berbelit nak sebut nama2 org thai. Yg aku tau kap khum kap |
|
|
|
|
|
|
|
ngeri betul gmbar mayat dia |
|
|
|
|
|
|
|
Jelas dah motif sebab duit rupanya |
|
|
|
|
|
|
|
Ngeri tgk mayat dia. Kesian betoi kalo mmg sgguh kna pedajal ngn kwn sendri. |
|
|
|
|
|
|
|
Jarang aku dgr letak nama pewaris anak kwn. Baik sgt ni. Selalu kita letak ahli keluarga sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
diknaz replied at 3-3-2022 05:37 PM
ngeri betul gmbar mayat dia
Dia kenapa, xnmpak mcm mangsa lemas ke? Tgk kt mana tu. Ada link x. |
|
|
|
|
|
|
|
sambaldurian replied at 3-3-2022 12:16 PM
Jarang aku dgr letak nama pewaris anak kwn. Baik sgt ni. Selalu kita letak ahli keluarga sendiri.
Sebab dia anggap macam anak sendiri.
Dah jatuh sayang sangat 2 kot. Ahli keluarga lain boleh carik duit sendiri katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Begitu kisah sebenarnya. Mujur pihak polis bijak menggunakan teknologi forensik digital untuk mencari bukti.
Waris insurans sahaja. Kita ingatkan anak pengurus itu bakal mewarisi semua harta mendiang.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak berbaloi 130k smpai hilang nyawa kawan |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 3-3-2022 08:20 PM
Sebab dia anggap macam anak sendiri.
Dah jatuh sayang sangat 2 kot. Ahli keluarga lain boleh cari ...
Mmg la agak 'bujang terlajak' , tp ntah la dari dia bg org luar (anak manager), baik dia bg anak sedara ke ( kata ada brother). Klu in term ahli keluarga boleh cari duit sendiri, manager tu pun boleh cari duit sendiri. Xpe la dh fikiran mendiang. Mungkin manager ni dulu2 selalu tolong dia ke, skg je jd mata kelabu/ tamak ( klu betul teori kwn dia yg aniaya). |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm sikit je 130k. Lainlah jota2.
|
|
|
|
|
|
|
|
Apa pelik sangat bff dia dia kratik tu. Bila interview pun jawapan semua mencurigakan je. |
|
|
|
|
|
|
|
X berbaloi klu dpt setakat 130k je..mmg npk saiko Kratik tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Rsenya dia ni ngn PA dia hbgn lbh dr kwn.. Mgkin dorang kapel. Lesbo. Tu yg rapat smcam.. Anak pn angap ank sndiri. Smp wriskn insurans. Acik xpelik kalo depa ni brcinta sbb rmai membe thai acik yg jenis lesbo gitu ambik anak angkat [em:4:] |
|
|
|
|
|
|
|
sambaldurian replied at 3-3-2022 08:16 PM
Jarang aku dgr letak nama pewaris anak kwn. Baik sgt ni. Selalu kita letak ahli keluarga sendiri.
Kat ig dia banyak pic budak tu sampai aku ingat mendiang ni janda ank 1
Rupanya ank manager dia aje |
|
|
|
|
|
|
|
popular ke mendiang kt Malaysia? kt medsoc bersepah cite pasal die ni |
|
|
|
|
|
|
|
sambaldurian replied at 3-3-2022 08:19 PM
Dia kenapa, xnmpak mcm mangsa lemas ke? Tgk kt mana tu. Ada link x.
Search je dekat telegram. Banyak grup sana exposed gambar |
|
|
|
|
|
|
|
sambaldurian replied at 3-3-2022 08:19 PM
Dia kenapa, xnmpak mcm mangsa lemas ke? Tgk kt mana tu. Ada link x.
taip je kat fb tangmo nida. keluarla gambarnya |
|
|
|
|
|
|
| |
|